HIDUP MESTI ADA PERANCANGAN YANG ABADI
Posted by Thinkerich on 06 Sep 2008 at 09:44 pm | Tagged as: Motivasi Diri
Salam pembaca Blog PemikirKaya dot com!
Apa khabar, semoga sihat dan bagi yang berugama Islam selamat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.
Alhamdullilah syukur ke hadrat illahi bagi anda yang berugama Islam kerana telah berjaya menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan pada minggu yang pertama ini. Kebetulan pula pada kali ini 1 Ramadhan disambut bersamaan dengan 1 September 2008, maka mudahlah untuk dibuat pengiraan…maklumlah tidak ramai umat Islam di negara ini yang sedia maklum dengan kalendar Islam yang kian terpinggir
Baiklah berbalik kita pada persoalan kita pada kali ini iaitu perancangan. Saya percaya sudah tentu ramai di antara umat Islam yang menyambut Ramdahan mulai sibuk membuat perancangan bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak berapa lama lagi.
Persiapan baju raya, juadah hari raya, balik kampung si suami atau si isteri, langsir raya, sofa raya dan pelbagai bentuk perancangan persiapan telah mula disusun dan diatur dengan teliti agar lebaran tahun ini dapat disambut bersama keluarga yang tersayang.
Begitu juga dengan persiapan untuk juadah berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramdahan ini, anda sudah tentu membuat beberapa perancangan untuk juadah berbuka puasa dan juga bersahur.
Rasanya hampir tiada langsung di antara anda yang tidak membuat apa-apa perancangan. Pendek kata semua orang dalam hidupnya akan membuat perancangan untuk mencapai matlamat hidup masing-masing.
Malangnya kebanyakan umat Islam hari ini, masih terlalu leka dengan perancangan hidup di dunia semata-mata. Mereka seolah-olah lupa bahawa kehidupan mereka pada hari ini adalah tidak ubah umpama jambatan bagi kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.
Ramai yang merancang untuk kehidupan di dunia tetapi terlupa untuk merancang untuk kehidupan mereka di akhirat kelak!
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan umat Islam amat digalakkan untuk menambahkan amal ibadat mereka terutama dalam bersedekah dan membelanjakan wang untuk diinfaqkan ke jalan Allah s.w.t
Sayangnya ada dikalangan umat Islam hari ini yang begitu ghairah berbelanja hanya setakat untuk perancangan kehidupan di dunia sahaja tetapi kian melupakan bahawa mereka juga sepatutnya merancang untuk membelanjakan wang mereka bagi bekalan di akhirat kelak.
Alangkah indahnya jika lebih ramai dikalangan kita hari ini yang mempunyai kesedaran untuk memperbanyakan sedekah sepanjang bulan Ramdhan ini dan berbelanja dengan penuh kesederhanaan untuk diri dan keluarga.
Semoga Ramdahan ini akan menjadi titik tolak kepada kita untuk turut merancang bekalan untuk kehidupan di akhirat kelak disamping memenuhi tuntutan kehidupan duniawi hari ini. InsyaAllah…
Salam kekayaan,
THINKERICH







Betul tu.. Kita sentiasa asyik ingat pasal Raya je sedangkan kenikmatan Ramadhan tidak dihayati..
Wallahualam
Zool,
Semoga kita semua dapat jadikan Ramadhan kali ini sebagai permulaannya untuk menikmati faedahnya….