perniagaan internet

Salam Merdeka Ke 51 buat semua pembaca setia blog PemikirKaya dot com!

Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua!

Maklumlah ‘mood’ dan semangat kemerdekaan masih lagi segar dan sambutan hari kebangsaan bukan hanya setakat 31 Ogos tetapi sehingga 16 September 2008 (ehm..ehm..tarikh pembentukan kerajaan baru DSAI…? katanya ! ) penubuhan Persekutuan Malaysia dengan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia.

Baiklah kita tinggalkan kisah sejarah tersebut dan juga perkara yang mungkin akan menjadi sejarah… kerana kali ini kita ingin berbicara tentang minda yang masih lagi belum merdeka dan masih dijajah dengan prinsip kepercayaan yang sudah tidak relevan lagi.

Kebanyakan graduan lepasan IPT baik awam mahu pun swasta hari ini masih lagi terikat dengan prinsip dan pegangan bahawa sebaik mereka keluar dengan segulung Ijazah mereka perlu bekerja makan gaji!

Maka tidak hairanlah ada sesetengah daripada mereka yang mula menjalankan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan mula mengeluarkan kata-kata seperti berikut;-

“Tak apa, berniagalah dulu sementara belum dapat kerja..”

 

Adakah ianya satu kenyataan yang tepat bagi seseorang graduan IPT?

 

Apakah lulusan IPT mesti bekerja makan gaji dan tidak boleh menjalankan perniagaan sendiri?

 

Apakah perniagaan itu menjadi pilihan kedua atau pun yang terakhir menjadi pilihan para graduan di negara kita?

 

Saya tidak fikir kenyataan tersebut sesuatu yang tepat! Ini kerana jika graduan kita hanya tertumpu kepada sektor pekerjaan semata-mata, masalah pengngangguran  tidak akan pernah berkahir.

 

Mereka seharusnya memerdekakan minda mereka daripada kepercayaan bahawa pelajar atau pun graduan IPT hanya layak untuk kerja makan gaji.

 

Mereka tidak boleh menetapkan had gaji dan pendapatan mereka berdasarkan kelayakan yang mereka ada sahaja!

 

Apakah mereka tidak sedar, dengan berbuat sedemikian mereka membatasi sendiri kemampuan mereka sendiri? Ini kerana dalam perniagaan mereka boleh memperolehi berapa sahaja pendapatan yang mereka inginkan dengan menetapkan matlamat dan perancangan yang betul.

 

Graduan IPT hari ini sepatutnya telah mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk menjadi penyumbang  kepada ekonomi negara dengan menjadi penyedia peluang pekerjaan dan bukannya masih bergantung harap kepada pihak kerajaan untuk menyediakan segala-galanya untuk mereka.

 

Adalah lebih baik mereka mengambil pengalaman bekerja untuk berniaga terlebih dahulu daripada memilih berniaga sementara mendapat pekerjaan…

 

Semoga selepas ini  akan lebih ramai graduan negara kita dapat sama-sama membangunkan ekonomi negara!

 

Salam Kekayaan!

 

THINKERICH

 

 

Mentor Jutawan 2008 (baru)- klik di sini!
Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School.

 

Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb