Salam pembaca PemikirKaya!

Ramai di kalangan masyarakat hari ini, rata-rata bekerja untuk wang!

Bangun pagi, pergi kerja kemudian balik kerja, pergi cari kerja lagi buat part-time sana sini…hanya semata-mata untuk mendapatkan wang.

Tidak kira berapa banyak wang sekalipun yang anda cari, selagi anda membiarkan diri anda terus menerus bekerja untuk wang, maka percayalah anda tidak akan kemana…hanya terus bekerja untuk wang!

Sebaliknya anda sepatutnya memikirkan bagaimana anda harus memanfaatkan wang tersebut untuk berkerja demi kesejahteraan hidup anda.

Orang kaya menjadi kaya kerana mereka tidak bersikap dan berfikiran bekerja untuk wang sebaliknya mereka berfikir untuk mencipta atau membuat wang.

Jika mereka ada wang RM10,000.00 mereka akan fikirkan bagaimana untuk menjadikannya RM15,000.00!

Kemudian dari RM15,000.00 mereka berusaha pula memikirkan bagaimana nak jadikan RM30,000.00 pula!

Dan begitulah terus-menerus kehidupan dan kerja orang kaya!

Hari-hari mereka disibukkan dengan daya usaha yang ditumpukan kepada jumlah wang yang ingin mereka capai.

Sebaliknya mereka yang miskin dan sederhana tidak pernah pun terfikirkan untuk membuat wang… bahkan jauh sekali mencipta peluang untuk menambahkan wang mereka.

Mereka asyik dengan dunia pekerjaan mereka.

Apa yang penting cukup bulan mereka terima gaji. Dapat gaji bayar dan jelaskan semua bil, hidup dengan berjimat cermat, ikat perut dan tunggu gaji bulan berikutnya.

Begitulah rutin harian mereka yang bekerja untuk wang. Wang hanya tempat persinggahan sementara sebelum mereka serahkan ke poket orang lain yang menjadikan wang bekerja untuk mereka.

Jadi saranan saya jika anda masih bekerja untuk wang, cuba-cubalah buka sedikit minda anda agar boleh jadikan wang berkerja untuk anda pula!

Sebagai contoh bertindaklah dengan membina wang simpanan anda yang pada masa yang sama anda laburkanlah di ASB atau Unit Amanah!

Harus diingat untuk memastikan wang bekerja untuk anda (bagi mereka yang tiada asas pelaburan yang kuat) laburlah di kedua-dua bentuk dana yang disebutkan di atas.

Harus diingat wang hanya akan bekerja untuk anda jika anda memberi ruang masa yang panjang untuk mereka bekerja keras untuk anda.

Semakin lama anda simpan pelaburan anda maka lebih banyaklah keuntungan yang bakal anda perolehi!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
+Azizi Ali, Jurulatih jutawan
+Chef Li (Dato’ Dr Rusly), Jutawan Senyap
+Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
+Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
+Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf
+Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan
+Irfan Khairi, Jutawan Internet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb