Salam pembaca blog,

Baiklah, sebagaimana yang telah saya janjikan sebelum ini, mari sama-sama kita lihat kebiasaan orang kaya #1 : Hidup Di Bawah Kemampuan.

Orang kaya selalunya hidup di bawah kemampuan mereka.

Jika anda tidak percaya cuba anda lihat kepada mereka yang tidak kaya!

Mereka hidup di luar kemampuan mereka, dengan hutang di sana-sini, gaya hidup mewahnya lagak macam orang kaya tetapi masalahnya hutang mereka keliling pinggang.

Kesudahannya sampai ke tua pun hutang masih belumdapat diselesaikan lagi.

Sebab itulah mereka ini tidak kaya-kaya! Kerana hidup melebihi daripada kemampuan kewangan sebenar mereka!

Perhatikan orang kaya. Mereka hidup selesa, tetapi bukan keterlaluan. Mereka tidak akan berbelanja jika tidak perlu, atau pun membeli barangan yang mahal hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Mereka selalu berhati-hati dalam perbelanjaan mereka dan tidak menurut kesemua kemahuan hati mereka sebagaimana orang lain yang hidup di luar kemampuan.

Justeru itu, mereka sentiasa ada lebihan wang untuk disimpan dan dilaburkan baik untuk perniagaan mahu pun untuk pelaburan ke atas aset mereka.

Kesimpulannya orang kaya melabur di dalam aset, manakala orang miskin menghabiskan wang mereka untuk liabiliti yang disangkanya aset!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
+Azizi Ali, Jurulatih jutawan
+Chef Li (Dato’ Dr Rusly), Jutawan Senyap
+Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
+Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
+Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf
+Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan
+Irfan Khairi, Jutawan Internet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb