MENJADI KAYA ATAU SEDERHANA ?
Posted by Thinkerich on 19 Jul 2008 at 06:49 pm | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog pemikirkaya dot com yang saya kasihi sekalian!
Persoalan mencari kekayaan pada masyarakat hari ini banyak digembar-gemburkan dengan pelbagai alasan dan pandangan sinis oleh mereka yang tidak memahami keperluan untuk mencari kekayaan.
Sebagaimana kita semua sedia maklum, Islam menyarankan umatnya agar hidup penuh dengan kesederhanaan dan tidak melampaui batas.
Malangnya ada di kalangan kita menyalah tafsirkan maksud sederhana di sini.
Bahkan saya sendiri beberapa kali bertemu dengan ramai kenalan saya yang tidak berpuashati dengan persoalan mencari kekayaan di dunia ini.
“Buat apa susah payah cari kekayaan di dunia ini, kalau mati pun bukannya boleh bawa ke kubur!”, katanya.
“Bukankah Islam menyarankan umat Islam agar hidup dalam kesederhanaan? Jadi tak perlulah kita bersusah payah memikirkan soal kekayaan ini! “, tambahnya lagi.
Jika anda juga bersependapat dengan apa yang dikatakan oleh sahabat saya seperti mana di atas, tolong beri perhatian pada apa yang ingin saya jelaskan dalam artikel kali ini.
Wahai saudara-saudari ku yang sungguh budiman, biar saya jelaskan kedudukan sebenarnya tentang apa yang dimaksudkannya dengan ‘kesederhanaan’ itu!
Islam tidak menghalang umatnya mencari kekayaan selagi ianya tidak mengabai tanggunjawabnya sebagai seorang muslim bahkan amat menggalakan umat Islam mencari harta kekayaan di dunia.
Ini kerana jika anda benar-benar faham akan konsep sebenar kekayaan dalam Islam, anda pasti lebih terbuka dalam soal ini.
Kekayaan perlu bahkan amat perlu untuk diusahakan oleh setiap umat Islam.
Dengan harta kekayaan yang ada, umat Islam dapat membangunkan ekonomi Islam dan menjalankannya menurut tuntutan muamalat .
Ramai juga yang terlupa bahawa harta kekayaan yang kita perolehi di dunia ini sebenarnya masih boleh kita bawa sehingga ke kubur walaupun jasad kita sudah tiada dimamah tanah, bahkan hingga ke akhirat juga seandainya kita gunakannya untuk kebaikan seperti zakat, sedekah, atau pun wakaf ke jalan yang diredhai oleh ALLAH s.w.t.
Sederhana yang dimaksudkan dalam Islam adalah apabila seseoarng itu memiliki kekayaan di dunia ini, mereka hendaklah menguruskannya dengan penuh kesederhanaan untuk kehidupan dan keperluan diri dan keluarganya.
Disamping itu, mereka perlu memikirkan tanggunjawab yang mereka perlu lakukan dengan harta kekayaan mereka untuk membantu masyarakat sekitarnya yang memerlukan dan bukannya untuk kepentingan hidup diri sendiri sahaja.
Harus diingat kekayaan yang dianugerahkan kepada kita adalah satu AMANAH yang besar dan perlu dipikul dengan sebaik mungkin dan diuruskan dengan betul sebagai tanda kesyukuran kita kepada yang maha esa.
Dengan kata lain, Islam menyarankan agar kita bersederhana menggunakan kekayaan yang ada untuk keperluan diri dan keluarga agar sebahagian daripadanya dapat disumbangkan semula melalui amal jariah.
Lihat sahaja lah kepada semua manusia yang kaya raya di muka bumi kini, tidak kira di dalam atau pun di luar negara, masing-masing mempunyai Yayasan mereka sendiri untuk disumbangkan kembali kepada masyarakat.
“Jelaslah di sini bahawa sederhana dalam Islam ialah apabila seseorang itu kaya, ianya hendaklah hidup dalam kesederhanaan dan bukannya hidup sederhana tanpa mencari kekayaan di dunia.”
Justeru itu, sementara kita hidup di dunia ini, carilah harta kekayaan melalui jalan yang diredhai Allah sebaik mungkin agar kita dapat gunakannya untuk bekalan di akhirat kelak.
Waallahualam.
Salam kekayaan,
THINKERICH







[…] dengan persoalan mencari kekayaan di dunia ini. Ini kerana jika anda benar-benar…Sila KLIK DI SINI __________________ Salam kekayaan, THINKERICH Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi […]
Kaya. Itu jawapan yang semua orang inginkan.
Memanglah kaya itu lebih baik daripada miskin…kerana hampir2 kemiskinan itu membawa kepada kekufuran……Aku nak kaya segala2nya…..kaya ilmu, kaya anak, kaya amalan, kaya adab, kaya harta, kaya..kaya…kaya……
Ciku,
Tahniah di atas kekayaan yang anda inginkan
Semoga berjaya
Tapi bukan mudah bila menjadi kaya…siapkan diri dengan senjata yang kebal supaya tak terperosok ke lembah ALPA…Bila belum kaya dicanang nak membantu semua org miskin tapi bila kaya belagak dengan harta sedangkan sebahagian harta itu bukan dia yang punya….Silap2 derma pun nak tunjuk kat orang..ingat Allah sayang org kaya bertakwa…tapi jangan jadi yang angkuh dan sombong..sia-sia saja….
Sudah siap ke diri untuk menjadi KAYA???? Atau sebenarnya iman senipis kulit bawang tu melayakkan kita hidup sederhana dan walaupun 10 ringgit iklasnya sedekah itu menyamai 10000 yang disedekahkan oleh org kaya???? Ataupun 10 ringgit itu lebih tinggi nilainya 10000 ringgit yang disedekahkan oleh org kaya di sisi allah…..???
Rulza,
Di sinilah…ujian sebenarnya keimanan seseorang…
Harus diingat ketakwaan dan keimanan tidak dinilai pada serban atau jubah yang dipakai…
Begitu juga dengan kekayaan…. ianya tidak dinilai pada wang yang diperolehi dengan banyaknya…