MERDEKA KEWANGAN ! BEBASKAN KEWANGAN HIDUP ANDA !
Posted by Thinkerich on 25 Aug 2008 at 10:23 pm | Tagged as: Motivasi Diri, Kewangan Peribadi, Kepenggunaan, Motivasi Kekayaan
Salam pembaca Blog PemikirKaya!
Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Ulangtahun Kemerdekaan negara kita yang ke 51 dan tidak kurang daripada 24 Jam lagi Permatang Pauh akan mendapat Wakil Parlimen yang baru…
Tempoh 51 tahun merupakan tempoh masa yang panjang, dan syukurnya kita dapat hidup hari ini dan menikmati kebebasan dan kemerdekaan secara zahirnya…walaupun tidak dinafikan minda masyarakat kita masih lagi dijajah dengan pelbagai bentuk hiburan, berita, iklan dan cara berfikir yang terkongkong !
Namun begitu semua yang kita nikmati hari ini, tidak akan kita perolehi tanpa usaha dan perancangan yang telah diatur oleh pejuang kemerdekaan kita suatu ketika dahulu bagi mencapai matlamat kemerdekaan negara.
Jika negara kita telah bebas dan merdeka selama 51 tahun, adakah ekonomi hidup anda juga telah bebas dan merdeka sejauh itu?
Maaf, saya dapat rasakan rata-rata kebanyakan masyarakat hari ini kesemuanya masih hidup dalam dunia penjajahan….
Dijajah oleh ekonomi dan kewangan diri yang sentiasa berada dalam keberhutangan dan ketidakcukupan wang…
Berada dalam suasana kehidupan yang tertekan dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak pernah berkesudahan dan nampaknya ianya tidak akan berakhir buat kebanyakan yang lain…
Ramai yang bercita-cita dan berkeinginan malahan berimpian untuk berada di dalam ‘Kebebasan Kewangan’ iaitu Merdeka Kewangan tetapi sebaliknya tidak sanggup untuk mendapatkannya.
Kenapa?
Untuk merancang dan berkorban dan berjuang menentang musuh-musuh kewangan yang diwujudkan oleh diri sendiri pun mereka tidak mampu, apatah lagi untuk mengecapi kebebasan kewangan…? Jauh langit dari Bumi..!
Oleh sebab itu, jika anda ingin memerdekakan kewangan diri anda, cuba pelajari dan selami bagaimana semangat pejuang kemerdekaan membebaskan negara ini daripada cengkaman penjajah!
Maka dalam perkara yang sama, anda juga perlu mengambil tindakan dan cara yang sama seandainya anda ingin ” Bebas Kewangan”… Berjuang menentang musuh-musuh kewangan anda dengan lebih pantas iaitu menghapuskan diri daripada beban hutang yang mencengkam dan menjerut leher anda pada setiap masa pada hari ini !
Sebagai contoh jika anda kini dibebani dengan hutang Kad Kredit, cuba bangkit dan berjuang untuk melangsaikannya dan menghapuskannya terus daripada kamus kewangan hidup anda!
Jika anda kini masih terikat dengan gadai janji rumah yang masih panjang di antara 15 hingga 20 tahun lagi, cuba bebaskan diri anda daripada terus menjadi hamba kepada pihak bank untuk memberikan mereka lebih banyak wang !
Singkatkan dan pendek kan tempoh pinjaman tersebut! Berusaha mengatasinya…dengan menyelesaikannya lebih cepat!
Tumpukan kepada penyelesaian hutang piutang anda terlebih dahulu dan tangguhkan dahulu cita-cita anda untuk menikmati ganjaran awal yang pada biasanya akan menjebak anda ke lembah keberhutangan kewangan yang lebih serius!
Jadikan bulan kemerdekaan, Semangat Kemerdekaan ini sebagai titik tolak untuk anda membebaskan diri anda daripada belenggu penjajahan HUTANG!
Teruskan Berjuang! Hapuskan Hutang Anda!
Merdeka! Merdekakan Kewangan Anda daripada masalah kewangan!
Salam Kekayaan,
THINKERICH








Tq
Thinkerich
Saya berazam untuk memerdekan kewangan saya
kak noor
www.anggunjelita.com
Kak noor,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan…dan Selamat Memerdekakan Kewangan Peribadi Anda…