MUDAHKAN URUSAN KEWANGAN ANDA
Posted by Thinkerich on 23 May 2008 at 12:01 am | Tagged as: Motivasi Kekayaan
Salam pembaca blog,
Saya tertarik dengan isu-isu kewangan peribadi yang rata-rata menyatakan masalah pengurusan wang yang mereka perolehi dan dikaitkan pula dengan situasi ekonomi semasa.
Gaji kecil, Harga barang naik, bekalan makanan tidak mencukupi dan pelbagai lagi.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Pengurusan kewangan ini sebenarnya mudah. Tapi yang menjadikan ianya susah adalah diri kita sendiri.
Mengapa pula? anda mungkin bertanya.
Kita sendiri yang cari masalah, kita tahu wang gaji kita kecil tetapi kita berbelanja melebihi kemampuan.
Sudah tahu harga barangan meningkat tetapi tidak pula berusaha berjimat cermat. Kemampuan kewangan hanya layak pandu kereta nasional tetapi beli kereta buatan Jepun yang jauh lebih tinggi harganya.
Tahu yang makan bersama keluarga di rumah lebih menjimatkan tetapi malas nak masak sengaja cari makan kat luar, dan bermacam-macam lagi tindakan yang tak selaras dengan keadaan kewangan dan situasi ekonomi kita.
Apakah masalah cari kita? Atau kita juga yang sebenarnya punca masalah.
Hentikan sikap suka berbelanja ikut kemahuan sebaliknya mudahkan urusan kewangan anda dengan mendisplinkan MINDA dan SIKAP anda terhadap wang.
Memikir masalah tidak cukup wang juga satu perkara yang perlu ditangani segera. Anda sepatutnya memikirkan penyelesaian dan cara bagaimana kita boleh memperbaiki kewangan kita.
Dalam pengurusan kewangan kita perlu KAWAL wang dan bukannya WANG yang kawal kita!
Sekiranya anda bingung, susah hati memikirkan masalah kesempitan wang, sudah tentu ianya tidak membantu menyelesaikan masalah. Jadi, mulai sekarang tinggalkan sikap suka memikir masalah wang tidak cukup.
Fikirkan bagaimana nak JIMAT wang dan menambah pendapatan anda.
Mula sekarang! (jangan tangguh esok!), kita perlu kawal fikiran kita terhadap wang.
Perlu disiplinkan diri setiap kali ingin berbelanja. Jika setiap kali ingin berbelanja cepat-cepat tanya soalan ini kepada diri anda,
“Adakah ianya sangat PERLU? Atau ada cara lain yang lebih menjimatkan?”
Secara tidak langsung anda akan mendisplinkan diri anda dan berjaya menjimatkan wang anda untuk disimpan.
Apabila anda mula menyimpan, maka anda turut meningkatkan wang anda. Semakin banyak anda simpan semakin cerah peluang anda untuk menjadi kaya.
Fikir kekayaan, Anda akan ditemukan dengan kekayaan.
Ingat! Kita adalah apa yang kita FIKIRKAN!
Banyak fikir kekayaan, Anda akan ditemukan dengan kekayaan!
Salam kekayaan,
THINKERICH






