Salam pembaca blog,

Apabila saya bertanyakan soalan ” Siapa yang ingin Menjadi Kaya?”,

sudah tentu kebanyakan akan berkata,

“Ya, Saya mahu menjadi kaya! tapi bagaimanakah caranya?”

Itulah jawapan & soalan ’standard’ yang diberi oleh sesiapa sahaja yang ingin menjadi kaya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Untuk menjadi kaya ada pelbagai cara dalam dunia ini sama ada cara yang betul mahu pun yang menyimpang dari norma kehidupan. Jika anda ingin menjadi kaya adakah anda benar-benar telah bersedia? Kajian mendapati bahawa ramai orang yang inginkan sesuatu tetapi tidak sanggup untuk berusaha untuk mencapai apa yang mereka impikan.

Bahkan ada yang sanggup memperkecilkan kemampuan diri dan merendah-rendahkan keupayaan diri sendiri untuk mencapai dan menikmati kekayaan. Ada yang mengakui yang diri mereka tidak cukup kaya untuk menjadi kaya. Harus diingat, “Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan!”

Jika anda sendiri tidak percaya kepada diri sendiri, siapa lagi yang ingin percayakan anda? Bagaimana mungkin orang lain akan mempercayai diri anda, jika anda sendiri pun tidak percaya pada keupayaan diri sendiri!

Untuk menjadi kaya, Anda tidak perlu tunggu sehingga Anda Menjadi Kaya!, tetapi sebaliknya anda perlu berusaha dan bermula merancang dan bertindak ke arah kekayaan dari sekarang.

Anda sudah pasti tidak akan menjadi kaya jika sekirannya anda menunggu saat untuk menjadi kaya. Apakah anda fikir orang-orang KAYA itu menjadi kaya secara automatik? Sudah pasti tidak! Mereka juga bermula daripada kosong, daripada tiada apa-apa kemudian berjaya memilki dan mengumpul pelbagai bentuk kekayaan di dunia ini.

Pokoknya mereka telah bermula daripada awal lagi tanpa menunggu saat atau peluang untuk mereka menjadi kaya. Sebaliknya mereka terus berusaha, hari demi hari, mengatur rancangan dan strategi dan seterusnya bertindak. Mereka tidak menunggu saat mereka kaya baru mereka hendak bermula mengumpul kekayaan.

Jika anda masih berfikiran menunggu untuk menjadi kaya ianya tidak ubah seperti anda menunggu mendapatkan wang RM1 Juta tanpa berusaha apa-apa sebaliknya mencari jalan singkat untuk memperolehinya.

Orang kaya menjadi kaya kerana mereka berusaha dan bermula dari RM1 menjadi RM10, kemudian menjadi RM100, kemudian menjadi RM1,000, kemudian menjadi RM10,000, kemudian menjadi RM100,000, kemudian menjadi RM1,000,000…dan seterusnya menjadi berjuta-juta !

Jadi jika anda ingin menjadi kaya jangan tunggu sampai esok, mahu pun minggu depan atau bulan depan atau tahun depan! Sebaliknya anda kena bermula dari sekarang. Apa yang penting anda yakin dan tahu jalan dan langkah yang anda ambil mampu meraih kekayaan yang anda idamkan.

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb