BERNIAGA BUKAN KERANA WANG?
Posted by Thinkerich on 26 Jun 2008 at 08:59 pm | Tagged as: Motivasi Perniagaan
Salam pembaca PemikirKaya!
Anda pasti tertanya-tanya;
“Apakah maksud sebenar saudara Thinkerich dengan tajuk artikel kali ini, berniaga bukan kerana wang?”
Anda mungkin bertanya lagi….”Bukankah tujuan utama usaha niaga itu untuk mendapatkan keuntungan wang?”
Baiklah, para pembaca yang budiman, biarlah saya jelaskan apa maksud sebenar saya!
Tetapi sebelum itu saya ingin bertanya kepada anda, apakah Anda Suka Berniaga? Atau Suka Duit?
Ini kerana kedua-dua jawapan yang bakal anda berikan nanti akan memberikan makna yang berbeza-beza.
Jika sekiranya anda ingin berniaga, jangan letakkan wang sebagai matlamat utama…(walaupun tujuan utama berniaga adalah untuk dapatkan keuntungan wang!)
Sebaliknya, letakkannya sebagai perkara No.2…
Ini kerana jika anda jadikannya sebagai keutamaan, anda akan cepat kecewa dan putus asa apabila usaha permulaan anda tidak mendatangkan sebarang hasil…
Akibatnya anda akan ‘give up’ dan seterusnya enggan mencuba lagi kerana anda akan beranggapan ianya tidak memberikan pulangan dan hasil yang menguntungkan anda.
Apa yang patut anda lakukan pada peringkat permulaan perniagaan hanyalah sebagai asas untuk menimba pengalaman dan pengetahuan dalam dunia perniagaan.
Anda tidak boleh menaruh harapan yang terlalu tinggi pada peringkat permulaan, walaupun pada asasnya anda perlu berpandangan jauh dengan misi dan visi untuk mencapai kejayaan.
Jika anda terlalu mengharapkan pulangan berlipat ganda dalam masa yang singkat sebaik menceburi bidang perniagaan dikhuatiri anda akan merasa hampa jika apa yang anda impikan tidak berhasil.
Oleh itu, letakkan matlamat untuk belajar dan mengetahui selok belok perniagaan untuk tiga bulan yang pertama, jika anda dapat mencatat sedikit keuntungan, itu adalah sesuatu petanda yang baik.
Namun jika anda beroleh hasil yang lumayan pada peringkat ini, seharusnya ianya meningkatkan motivasi anda dan menggunakan sebahagian daripada keuntungan tersebut untuk dilaburkan semula.
Salam kekayaan,
THINKERICH







Salam,
Niat yang akan menentukan arah tujuan setiap usaha ataupun perniagaan. Dalam perniagaan, niat perlu dimulakan dengan tujuan untuk menyediakan product atau perkhidmatan yang berguna untuk pelangan. InsyAllah, apabila pelangan dapat manfaat daripada product atau service yang disediakan kita, dari situlah keuntungan atau wang akan masuk….
www.resumeweassist.com/blog
Tips for effective career marketing
Wang bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang!;P
Yusuf,
Ya, benar! Segalanya bermula dari niat…
En. Din,
…oleh kerana itu, carilah wang!
ehm..bagi aku. Orang berniaga sebab nak kesenangan. Tapi bagaimana nak kesenangan? Diorang kene dapatkan duit. Jika tak, buat apa berniaga.
Tak ada orang yang berniaga sebab nak rugi. So, kalau orang tanya aku. Kenapa aku berniaga. Jawapan aku simple. Sebab aku nak duit dan kesenangan. Jika aku susah, aku yakin aku akan menyusahkan orang disekeliling aku biarpun secara rasmi atau secara tak rasmi..
titan,
Memang benar orang berniaga bukan nak rugi tetapi nak dapatkan keuntungan…tetapi kadangkala kerugian juga yang akan mendorong seseorang usahawan itu untuk terus mencuba membayar balik kerugian dengan mencatatkan keuntungan yang berlipat kali ganda…
Namun malangnya, ramai yang rugi akhirnya ‘bungkus’ sahaja bisnes mereka…alahai..ruginya!
Saudara Titan,
Memang betul apa yang saudara titan katakan, ’sebab orang berniaga untuk mendapatkan kesenangan’. Tetapi kita seringkali terlupa setiap perniagaan yang berjaya memerlukan usaha, Pada pandangan saya usaha yang akan menetukan kejayaan sesuatu perniagaan itu bukannya berapa banyak wang yang kita laburkan.
Kesenangan yang kita dapat itu bergantung kepada berapa banyak usaha dan berapa lama masa kita sanggup bertahan dalam menjalankan perniagaan,barulah duit dan kesenangan itu akan datang
ridz77,
Ya, benar …usaha dan kesabaran penentu kejayaan seorang usahawan..