Salam pembaca blog,

Dalam beberapa minggu ini, heboh tentang strategi pemasaran dan perang harga rendah di antara dua Syarikat Penerbangan Malaysia di antara MAS dan Air Asia.

Air Asia mendakwa MAS meniru strategi pemasaran tambang murahnya termasuk menggunakan warna merah yang hampir sama dalam mempromosikan iklan mereka.

Namun begitu, saya begitu tertarik dengan ulasan daripada IRFAN KHAIRI dalam blog TIP 1 MINIT berkenaan isu ini.

“Harga Rendah menjadikan Jenama Anda Lemah!”

 

Memang ada kebenarannya. Kebanyakan daripada kita akan meletakkan sesuatu kualiti itu sepadan dengan harga. Barangan berjenama yang berharga mahal dianggap berkualiti, manakala anda akan was-was atau ragu-ragu terhadap barangan yang berjenama dengan harga murah. Dalam sedar tak sedar secara tiba-tiba anda akan berkata,

 

” Eh! betulkan harga ni? Jangan -jangan tiruan!”

 

Kebanyakan daripada newbie dalam perniagaan internet masih ragu-ragu dalam meletakkan harga pada info produk mereka. Saya dapati ada yang menjual info produk mereka dengan harga yang murah. Dengan harapan lebih ramai yang mampu membeli produk mereka.

Malangnya tanpa mereka sedari kebanyakan bakal pembeli akan berfikir dua kali untuk membeli. Mereka mungkin berkata,

 

“Jangan-jangan produk yang dijual ini tidak berkualiti atau pun infonya hasil daripada idea yang dicetak rompak!”

 

Sebagaimana VCD cetak rompak yang dijual dengan harga murah, maka fikiran para pengguna kita (pembeli) telah sebati dan sinonim dengan situasi begini. Bagi mereka,

“Harga Murah = Kualiti Rendah”

 

Jadi bagi mereka yang berhasrat untuk menjual info produk mereka melalui internet, saya sarankan kaji dulu harga yang ingin ditawarkan. Pastikan ianya sepadan dengan kualiti yang ditawarkan. Seboleh mungkin janganlah terlalu murah, dan janganlah terlampau tinggi pula harganya. Sebaliknya letakkan harga yang sedang-sedang sahaja, atau ‘average price’ yang mampu dibeli oleh majoriti pengguna. Ingat perhatian perlu diberi dalam menentukan harga produk anda supaya oarang tidak fikir produk anda lemah! Selamat mencuba!

 

Salam kekayaan

 

THINKERICH

 

 

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb