KALAU TAK BUAT PINJAMAN MACAMANA NAK START..?
Posted by Thinkerich on 17 Jul 2008 at 01:45 am | Tagged as: Motivasi Perniagaan
Salam pembaca PemikirKaya dot com,
Saya tertarik dengan komen salah seorang pembaca blog pemikirkaya berkaitan post saya Pinjaman…adakah sesuatu yang bijak?
Seringkali anda memiliki impian dan cita-cita yang besar namun seringkali ianya menjadi mangsa pembunuhan kejam oleh diri anda sendiri!
Memang diakui untuk bermula dalam sesuatu perniagaan anda pasti memerlukan modal, tetapi adakah ianya mencukupi dengan perancangan dan matlamat perniagaan anda.
Kelemahan utama yang dapat saya perhatikan berdasarkan kajian yang dilakukan, adalah didapati bahawa punca utama kegagalan sesuatu perniagaan adalah berpunca daripada pengurusan kewangan terutama apabila melibatkan pengurusan kredit (hutang).
Ramai dikalangan usahawan yang memulakan perniagaan begitu ghairah untuk mendapatkan pinjaman kredit bagi menjayakan sesuatu projek perniagaan mereka tetapi seringkali lupa akan tanggungjawab yang mereka perlu lakukan setelah menerima pinjaman tersebut.
Apabila anda berjaya menerima pinjaman berjumlah RM500,000, anda harus ingat bahawa anda ada tanggunjawab untuk memastikan wang yang anda pinjam tersebut perlu dibayar kembali kepada pihak Bank sejumlah RM550,000 (katakan faedah yang dikenakan 10%) dalam tempoh yang dipersetujui sebagaimana perjanjian.
Dan yang paling penting juga anda perlu BERTANGGUNGJAWAB untuk memastikan wang pinjaman tersebut bukan sekadar mampu membayar faedah pinjaman bank tetapi MAMPU menjana keuntungan sekitar 30% atau mungkin 100% bergantung kepada matlamat anda.
Ini kerana dalam perniagaan anda yang menentukan pulangan yang layak anda terima dan bukannya orang lain.
Maka ingatlah, apabila anda berhutang dan membuat pinjaman, perkataan pertama yang perlu anda ingat adalah TANGGUNGJAWAB!
Salam kekayaan,
THINKERICH







Pinjaman nie perlu kalau nak buat biz.
pinjaman yang baik ialah pinjaman yang mengkayakan peminjam.
pinjaman yang tak baik ialah pinjaman yang mengkayapkan peminjam.
tapi lepas pinjam kena tahu bayar.. jangan liat
Syukor Hashim,
…malangnya lebih ramai yang ‘LIAT’
terpulang. tapi yang pasti, ramai yang tak mampu bayar..
Kena perlu faham jenis pinjaman (hutang); sama ada ianya goog debt @ bad debt. Menurut Robert Kiyosaki, good debt ialah hutang yang memberikan pulangan kepada peminjam; ie pinjam duit bank untuk melabur di tempat yg memberikan pulangan yang menguntungkan.
Cth : Berhutang utk beli rumah, tanah , atau melabur di pasaran hadapan..dll
Cth bad debt : - berhutang beli kereta mewah
Ahmad,
Ya, benar tu…:)