IDEA PERNIAGAAN
Posted by Thinkerich on 16 Nov 2008 at 10:54 am | Tagged as: Motivasi Perniagaan
Salam pembaca blog PemikirKaya..
Ramai dikalangan klien yang saya temui menyuarakan keinginan untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri sebaliknya mereka pula mengeluh kerana tidak tahu apa bentuk perniagaan yang ingin dijalankan…
“Kalau boleh nak jalankan perniagaan yang masih belum ada persaingan..”,jelas saudara Anwar (Bukan Nama Sebenar)
Saya menghormati keinginan beliau itu, namun saya nyatakan pada beliau dalam menjalankan perniagaan perkara utama yang perlu dilihat adalah PERMINTAAN..!
Bayangkan jika Anda berniaga sesuatu yang kurang permintaan gara-gara ingin mengelakkan persaingan…adakah perniagaan anda akan berjaya..???
Saya agak khuatir…kerana mungkin tidak sampai pun 2 bulan, perniagaan anda pun ‘Bungkus’:(
Selain daripada permintaan yang tinggi, perniagaan yang anda jalankan tersebut mungkin boleh datangnya dan diusahakan daripada Hobi anda..
Ini suatu IDEA yang menarik kerana jika anda mampu Mengubahkan hobi menjadi perniagaan peluang untuk anda berjaya lebih tinggi dalam perniagan yang anda jalankan…
Banyak idea menarik yang oleh anda jalankan berdasarkan hobi anda terutamanya untuk dipasarkan melalui media INTERNET
Namun begitu, jika anda ada IDEA yang baik tetapi GAGAL untuk BERTINDAK..ianya tidak akan membawa anda ke mana…
Memang diakui rakyat negara kita mempunyai IDEA yang BAGUS, tetapi masalah utama mereka adalah kerana mereka gagal untuk bertindak..
Mereka lebih suka membiarkan IDEA menjadi Angan-angan daripada membiarkannya menjadi KENYATAAN..
Saranan saya jika anda ingin memulakan perniagaan dapatkan idea yang ada hubungkait dengan Hobi anda…Ini kerana ianya mungkin boleh membawa anda lebih jauh dalam dunia perniagaan.
Errk…tapi jangan LUPA …Pastikan Hobi anda itu ada PERMINTAAN
Salam Kekayaan,
THINKERICH









Ya, memang betul iaitu salah satu formula untuk berjaya dengan cemerlang dalam business (atau apa jua, kita mesti lakukan perkara yg kita minat (our passion). Chase your passion, the money will follow!
hairan lah you orang melayu, saya taknak bunyi macam racist, tapi, u punya blog dalam melayu, siapa you target? melayu? ada berapa banyak malay internet surfer di dunia ini?
Belaja lah english! dulu subject suma english u orang buat bising, sekarang baru tahu betapak penting english… nah ubah balik juga banyak kaji kaji…
orang melayu tidak akan hilang di bumi ini kata hang tuah… tapi, melayu sudah dilupakan… buku science and tech semua english… kalau bahasa melayu hilang dari dunia ini, tak ada orang kisah… oh, indonesia itu bahasa indonesia, bukan melayu.
miepekan,
Realitinya ramai yang melakukan perkara yang mereka tidak minat tetapi Terpaksa…kerana WANG semata-mata..!
Raymond,
Blog ni sudah tentulah targetnya untuk orang yang memahami bahasa Melayu..(tidak semestinya Melayu)
Salah satu matlamat blog ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang isu serta subjek kewangan dan motivasi dalam bahasa yang lebih mudah kepada para pembaca…
Eerk…saudara nampaknya macam melepaskan GERAM..?
Mungkin blog ini bukannya saluran yang betul…tetapi kerana saya menghargai komen anda maka apa yang saya dapat bantu hanyalah dengan bertanya soalan berikut:-
Jadi Apa Sebenarnya Yang Saudara Mahu???
Semoga saya dapat membantu masalah anda…!
Bagi aku lah.. kalu lah kita nak buat bisnes.. tapi idea tak dee. jalan berbaik.. buat jee blog dulu. Luahkan segala idea kita dalam blog tuu
Sekurang-kurangnya kita dah jadi penulis. Menulis pun boleh jadi kaya tau.. Emm macam yang tulis buku Harry Potter tuu.. Kalau versi Malaysia macam Azizi Ali.
hehehhe
juruukur,
Setuju..dengan pendapat saudara…dengan menulis di blog anda sebenarnya melatih kemahiran berkomunikasi melalui penulisan di medium internet…