APAKAH ITU PELABURAN?
Posted by Thinkerich on 13 Aug 2008 at 12:11 am | Tagged as: Pelaburan
Salam pembaca blog pemikirkaya!
Baiklah kali ini sepertimana yang dijanjikan kita teruskan dengan artikel tentang pelaburan!
Tetapi sebelum anda terlibat dengan pelaburan ada baiknya jika anda fahami dulu erti atau maksud sebenar pelaburan!
Ini penting kerana jika anda tidak faham makna sebenar pelaburan maka anda tidak akan faham akan prinsip sebenar pelaburan! dan sekiranya anda tidak faham, maka adalah sukar untuk anda berjaya dalam dunia pelaburan sebenar!
Jadi, Apa Itu Pelaburan? Berikut adalah definisi pelaburan yang boleh anda pegang dan fahami;
“Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.”
Sekiranya anda telah mengetahui dan memahami definisi sebenar pelaburan maka adalah lebih mudah untuk anda memahami topik penulisan pelaburan saya selepas ini. Jadi, teruskan bersama saya dalam artikel yang akan datang!
Salam kekayaan,
THINKERICH







nak tanya sikit…
kita memang dah sering dengar pelaburan memang boleh menjadikan seseorang itu kaya. bagaimana agaknya seorang yang tidak mempunyai banyak duit melabur? bolehkah beliau menjadi seorang yang kaya juga melalui pelaburan tanpa modal? ini soalan ikhlas bukan soalan nak test2.
Ali,
Tiada pelaburan tanpa modal..untuk bertumbuh dan membesar sudah tentu memerlukan benih(modal)..
Lihat tanaman di atas muka bumi ini ..semuanya bermula …Ya..Bermula dengan benih yang kecil sahaja…dalam pengurusan kewangan sebelum melabur anda perlukan modal..jadi bagaimana caranya untuk memulakan modal yang kecil?
Jawapannya adalah melalui SIMPANAN..! Pelajari CARA terbaik untuk menyimpan bagi membolehkan anda memulakan pelaburan anda melalui eBook “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang” di www.bajetwang.com
Jika ingin berjaya dalam pelaburan dan apa sahaja …Melaburlah dalam ilmu pengetahuan terlebih dahulu…! tapi ianya juga melibatkan kos