Salam pembaca blog PemikirKaya dot com,

Apa khabar? Semoga sihat semuanya!

Ada di antara kenalan yang bertanyakan kepada saya tentang pelaburan. Kata mereka kebanyakan orang yang menjadi kaya adalah mereka yang terlibat dalam pelaburan.

Ya, memang benar! Pelaburan adalah senjata utama untuk mencapai kekayaan. Dan kerana itulah juga ramai yang ingin cepat menjadi kaya sering terpedaya dengan pelbagai bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan dan keuntungan segera seperti pelaburan internet dan skim cepat kaya!

Jadi, mereka bertanya saya,

“Di mana saya boleh melabur?”

 

Baiklah, untuk melabur perkara pertama yang perlu anda ada adalah ilmu atau pengetahuan tentang asas pelaburan!

Tanpanya anda mungkin akan terjebak dengan pelaburan yang ntahapapantah…yang akhirnya wang pelaburan anda menjadi peleburan!

Ramai orang tahu bagaimana hendak mencari wang tetapi tidak ramai yang tahu cara untuk mengembangkannya.

Sering dikatakan, orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin. Sebabnya ialah, orang kaya melaburkan wang mereka, menjadikan wang itu berkembang, sementara orang miskin pula menghabiskan wang dengan membelanjakannya.

Lazimnya ada empat cara untuk membina kekayaan setelah anda menyimpan cukup wang.

Perkara pertama,

Kumpul barang yang nilainya akan naik

Keduanya,

Beli harta tanah. Membeli rumah sebagai tempat tinggal adalah pelaburan tetapi, membeli lebih banyak rumah membolehkan anda memperoleh pendapatan daripada sewaan.

Ketiganya,

Beli saham dan bon

dan keempatnya,

Mulakan perniagaan jika anda mempunyai kemahiran keusahawanan. Anda mungkin membuat kesilapan tetapi belajarlah daripada kesilapan itu, bekerja keras dan jika perniagaan anda berjaya, anda mendapat pulangan yang lebih banyak.

 

Itu antara empat bentuk asas pelaburan yang sering digunakan oleh orang yang menjadi kaya. Jadi, Apa Pelaburan Pilihan Anda?

Oleh kerana pelaburan ini penting, bahkan teramat penting untuk menjadikan seseorang itu kaya, maka mulai dari hari ini, saya telah wujudkan kategori baru bagi artikel di blog ini iaitu pelaburan!

Saya akan perjelaskan dari masa ke semasa mengenai topik pelaburan dalam penulisan blog ini pada masa akan datang. Semoga anda dapat info yang berharga tentang pelaburan dan seterusnya memudahkan anda untuk menjadi kaya!

Salam kekayaan,

 

THINKERICH

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb