Salam pembaca blog yang saya hormati sekalian!

Agak lama saya tidak update kandungan blog ini. Saya mohon maaf, kerana agak sibuk kebelakangan ini dengan rutin harian.

Baiklah kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu perkara yang sangat menarik.

Selepas sarapan pagi tadi, saya buka email macam biasa tengok-tengok email yang dihantar oleh para pembaca blog ini. Banyak juga persoalan yang dikemukakan sama ada yang berkaitan motivasi, kewangan dan masalah hutang…

Erk..saya bukan perunding hutang tetapi setakat beri panduan dan jalan untuk mendapatkan sumber rujukan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut boleh saya usahakan..

Saya akan cuba apa yang termampu…terima kasih kerana bertanya, saya amat menghargainya!

Dalam baca email sempat juga singgah di blog PakDi baca artikel beliau tentang Blogstarz Scam ! dan sempat juga jenguk blog Mohdismail yang turut membicarakan perkara yang sama Blogstarz!

Tapi dalam banyak-banyak email itu saya dapat satu email yang mempromosikan program JutawanCeramics dot com daripada seorang blogger yang saya kira aktif buat duit melalui internet!

Dan blognya boleh kira ramai juga pengunjung dan pembaca setia…dan beliau memang dikenali ramai..?

Saya amat menyukai gaya penulisan blognya yang penuh dengan kisah motivasi untuk mencipta kekayaan…dan pendapatan tambahan!

Tetapi saya amat terkedu a.k.a terkejut bila mana mendapat tahu beliau mempromosi satu program yang menjanjikan pulangan yang agak meragukan dengan pulangan ‘too good too be true..!’

Saya memuji usahanya unuk membantu lebih ramai masyarakat untuk menambah pendapatan tetapi apabila melibatkan sesuatu yang agak meragukan dan lebih mirip kepada SCAM dan Skim Cepat Kaya…saya tidak boleh bertolak ansur!

(SAYA TIDAK BERMAKSUD MENYATAKAN IANYA SKIM CEPAT KAYA / SCAMS -

Sekadar Berkongsi Pandangan Supaya Anda Semua BERWASPADA!)

 

Kalau apa yang saya perkatakan ini benar-benar berlaku…Ini dah kira kes aniaya orang namanya..beb!

Saya harap beliau cepat-cepat sedar perkara ini…

“Bro…jaga kredibiliti dan nama baik serta kepercayaan orang lain kepada anda! Jangan biarkan orang hilang kepercayaan pada anda, hanya semata-mata anda mempromosikan sesuatu yang tidak baik!”

 

Saya mula meneliti plan pemasaran dan konsep program ini dan untuk pembaca sekalian cuba teliti dan fikirlah secara logik….

Saya sekadar ingin berkongsi pandangan dan buah fikiran saya supaya anda dapat berfikiran dengan akal yang waras dan rasional sebelum bertindak menyertai program ini.

Pertamanya, kenapa dan mengapa alamat dari webjualan tersebut berbeza dengan apa yang berada dalam jobstreet?

Adakah sekadar meminjam nama company? Anda boleh lihat dengan KLIK DI SINI dan bandingkan dengan di web promosi jutawanceramics.com dan juga ceramicclub dot net

Oopps..! Apa yang saya perasan …mereka menggunakan Mailing Address!

Dan bukannya Alamat Berdaftar Syarikat…! KENAPA YA..!

Saya ragu-ragu…Anda Bagaimana?

Tentukan sendiri! LEBIH BERFIKIR..!

Keduanya, Anda juga diminta untuk berfikiran secara terbuka dengan pandangan daripada blog mungkin Scams - Jutawan Ceramics HYIP yang Di Legalkan!

Tolonglah berfikiran waras!

Persoalan saya ! Laris benar perniagaan ceramics di musim kemelesatan ekonomi global nih!

Siapa yang sanggup beli sebegitu banyak ceramics ye?

Boleh buat bisnes barter trade ka selepas ini?
Mereka yang tidak arif dengan dunia dan konsep perniagaan sebenar mungkin mudah benar tertipu dengan trick sebegini…

Nasihat saya kepada rakan saya dan semua agar hentikanlah dalam melakukan perkara-perkara sebegini…

Sudahlah dan hentikanlah kepercayaan karut anda untuk mengajak orang ramai menjadi kaya dengan cepat hanya dengan menyertai program jual ceramic nih, macam tu ramailah orang jadi jutawan dalam keadaan ekonomi yang meleset sekarang ni!

Apa yang saya nampak program ini sebenarnya mungkin ingin mengambil kesempatan ke atas kemelesetan ekonomi semasa.

Iyalah, kos sara hidup meningkat, gaji takat tu jugak…jadi mulalah tercari-cari kerja mudah yang boleh di’join’ ..

Dan perhatikan ‘tagline’ nya “santai-santai dan tanpa berpeluh”..haa..haa.haa  ;) bunyinya pun dah ala-ala HYIP!

Yang santai-santai tanpa  berpeluh tu..orang dah KAYA…!

Yang sertai SKIM CEPAT KAYA……mulai berpeluh apabila bayaran yang dijanjikan tidak kunjung tiba :)

Dan yang menariknya, webjualannya tiada memaparkan Lembaga Pengarah ! Pemilik atau pun mereka yang bertanggungjawab ke atas syarikat tersebut! Cuba fikirkan..!

Dan wujudnya lebih daripada satu laman web yang berbeza tetapi memaparkan kandungan yang hampir sama ceramicclub.net dengan jutawanceramics.com

Dan lagi webjualan jutawanceramics.com tidak pula membuat rujukan kepada webjulan syarikat ceramics yang di dakwa itu..

Dan lagi kenapa nama pendaftaran syarikat yang tertera pada laman web jutawanceramics.com  iaitu JC UNIQUE ENTERPRISE  tidak memaparkan NO. PENDAFTARAN PERNIAGAAN yang SAH!

(tapi pemilik domain ni dah tukar syarikat kepada Pusat Agensi Ceramic Bussines Club Terengganu pulak doh! guane plok tu??? Siap dengan address tapi masih tetap tidak menampilkan Nombor pendaftaran perniagaan yang sah!)

Itu merupakan satu kesalahan dalam Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001)- kehendak APP 1956 & KKPP 1957 - Kaedah 13(2) KKPP 1957 - Sek12A dan boleh dikenakan denda RM10,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali..

Atau Syarikat yang dinyatakan itu sebenarnya tidak WUJUD? suka-suka je pakai letak…ha.!

Berhati-hatilah…

Goucera sebuah company yang terkenal dengan perniagaan jubin dan seramik pun tidak membuka peluang kepada orang ramai untuk memasarkan produknya dengan kaedah sebegini!

Kenapa? Kerana kosnya terlalu tinggi dan satu lagi mereka terpaksa berkongsi keuntungan dengan orang lain yang tidak buat apa-apa?

Tak pernah ada dalam dunia ini, sama ada orang atau pun company yang berniaga memberi lebih banyak keuntungan kepada orang lain berbanding mereka yang hanya menjalankan perniagaan!

Ingatlah, jika anda semua masih lagi menerima email, sms, pujukan dan ajakan kawan-kawana yang bermulut manis dan bercakap berdegar-degar tentang pulangan yang singkat, saya nasihatkan sekali lagi agar lari jauh-jauh.

Bawa-bawalah untuk berfikir secara waras. Tiada sesiapa pun yang sudi berkongsi keuntungan dan kekayaan dengan anda.

Mereka mempelawa anda dengan nada ‘berkongsi’ tetapi jauh di lubuk hati mereka tidak lain hanya semata-mata untuk mendapatkan komisen hasil daripada wang yang anda keluarkan dan peserta lain di bawah mereka. Last-last mereka yang terdahulu juga untung.

Yang menyertainya kemudian sekadar berputih mata dan pulangan yang dijanjikan ntah kemana, wang simpanan pun hangus begitu sahaja.

Jadi nasihat saya jika anda ingin menjadi kaya tambahkan pengetahuan kewangan anda.

Belajar bagaimana kekayaan sebenarnya boleh diperolehi daripada mereka yang telah menjadi kaya.

Jangan sekali-kali belajar daripada mereka yang ‘mengajak anda untuk menjadi kaya!’ Kerana mereka ini tiada lain semata-mata untuk menjadikan anda mangsa pembohongan mereka.

Ingatlah bahawa fenomena ‘cepat kaya’ ini akan terus wujud dari masa ke semasa. Cuma gaya dan taktik mereka sahaja yang berbeza dengan kaedah yang lebih licik untuk memperbodohkan kita semua.

Jadi berfikiran kaya’lah selalu dan bukannyacepat kaya!’ :)

Salam kekayaan

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • digg
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb