RAJA TERKAYA DI DUNIA
Posted by Thinkerich on 22 Aug 2008 at 10:11 pm | Tagged as: Terkaya
Salam pembaca Blog PemikirKaya!
Semoga ceria gembira selalu!
Sebagaimana anda semua tahu, semua Raja di dalam dunia ini adalah golongan yang hidup dalam penuh kekayaan, tetapi tahukah anda di antara raja-raja yang ada di dunia ini ada dikalangan mereka yang telah dinobatkan antara yang terkaya di kalangan raja-raja seluruh dunia!
Siapakah dan daripada negara manakah Raja Terkaya di dunia pada masa ini?
Jawapannya adalah Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej yang telah dinobat sebagai raja terkaya di dunia dengan anggaran aset sebanyak AS$35 bilion (RM116.897 bilion).
Majalah Forbes dalam edisi terbarunya melaporkan, kekayaan Bhumibol itu jauh melebihi Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan dari Abu Dhabi yang nilai hartanya dianggarkan sebanyak AS$23 bilion (RM76.9 bilion).
Menurut majalah itu, Biro Harta Diraja yang menguruskan kekayaan keluarga diraja Thailand mendedahkan, antara harta Bhumibol, 80, ialah hartanah seluas 1,413 hektar di Bangkok.
Menurut majalah itu, jumlah kekayaan 15 kerabat diraja terkaya di dunia meningkat kepada AS$131 bilion (RM437.8 bilion) berbanding AS$95 bilion (RM317.9 bilion) tahun lepas.
Peningkatan harga minyak dunia turut menyaksikan kerajaan diraja di Asia Barat dan Asia terus menguasai senarai raja terkaya di dunia.
Tempat ketiga dalam senarai Forbes jatuh kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz, 84, yang mewarisi takhta Al-Saud pada 2005 dengan aset sebanyak AS$21 bilion (RM69.7 bilion)
Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, 62, yang sebelum ini mendominasi senarai raja paling kaya, jatuh ke tempat keempat dengan nilai harta AS$20 bilion (RM66.4 bilion) diikuti dengan Sheikh Mohamed Rashid, 58, dari Dubai dengan aset sebanyak AS$18 bilion (RM59.7 bilion).
“Sultan Brunei yang mewarisi kekayaan menerusi takhta kesultanan berusia 600 tahun itu jatuh ke tempat keempat kerana negara itu terpaksa mengurangkan pengeluaran minyak untuk memenuhi keperluan simpanan,’’ lapor Forbes dalam laman webnya.
Tempat keenam dipegang oleh Putera Hans-Adam II, 63, dari Leiechtenstein dengan harta sebanyak AS$5 bilion (RM16.6 bilion).
Bagaimanapun, bank LGT yang menjadi sumber kekayaan keluarga diraja itu kini disiasat oleh Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan membantu golongan kaya mengelak daripada cukai.
Berada di tangga ketujuh ialah Raja Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani, 56, mempunyai harta bernilai AS$2 bilion (RM6.6 bilion), di atas Raja Mohammed VI, dari Maghribi dengan harta sebanyak AS$1.5 bilion (RM4.97 bilion).
Manakala berada di tangga kedua terakhir, Raja Monaco, Putera Albert II, 50, dengan kekayaan sebanyak AS$1.4 bilion (RM4.6 bilion) dan terakhir Sultan Qaboos Said dari Oman dengan aset sebanyak AS$1.1 bilion.
Sumber : Utusan Online – AFP







Bestnye sape-sape yang dapat kawen ngan raja ye….
Harta banyak…7 keturunan pun tak habis.
regard
Kak Noor
www.anggunjelita.com
emmm..bestnys jadi org kaya……tunggula lagi 30 thn,nama aku lak msk dlm list forbes…insyaalah….