Salam pembaca blog pemikirkaya…
Ramai di antara kita hari ini tidak faham dan mungkin tidak tahu yang mana harus diutamakan..
Diri sendiri atau orang lain…
Mungkin juga kerana ingin menjaga hati atau takut dikatakan sebagai seorang yang tidak boleh tolong menolong..
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sekiranya ada di antara kita hari ini didatangi oleh adik beradik, saudara-mara, ipar -duai, kaum kerabat, sahabat -handai dan lain-lain lagi ingin meminta tuan-puan menjadi penjamin kepada mereka cuba pertimbangan perkara berikut;-
Adakah tuan-puan mempunyai lebihan wang atau pun harta yang boleh membantu mereka melunaskan hutang pinjaman tersebut seandainya mereka mengalami kegagalan untuk menjelaskan hutang tersebut?
Jika jawapan anda tidak!
Berterus- teranglah kepada mereka dan maklumkan bahawa anda juga seperti mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membantu menjelaskan hutang pinjaman tersebut jika perkara byang tidak diingini berlaku.
Berterus terang pada hari ini adalah lebih baik daripada menyimpannya hanya semata-mata untuk menjaga hati dan air muka orang lain…
Manusia sewaktu meminta pertolongan sanggup berjanji apa sahaja, tetapi pada kebiasaannya apabila tidak mampu menunaikan kewajipan mereka akan lebih mudah lari daripada tanggungjawab..
Fikir-fikirkanlah..
THINKERICH

Posted in 








ada juga beberapa rakan-rakan saya yang menjadi penjamin bagi ahli keluarga mereka. ada yang berjalan lancar sepanjang tempoh pinjaman. dan, ada juga yang terkandas dan penjamin juga turut disenaraihitamkan.
alhamdulillah, saya tidak pernah terlibat kes seperti ini
Farizal Hassan,
Hmm..semoga kisah rakan-rakan tuan boleh dijadikan sebagai pengajaran yang berguna..