Salam Pembaca PemikirKaya,
Ramadhan mulai melabuhkan tirainya dan besok, semua umat Islam di seluruh negara akan menyambut hari kemenangan Hari Raya Aidilfitri…Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung setia blog PemikirKaya dot com
Baiklah berbalik kita pada cerita menjelang Raya Aidilfitri pada tahun ini. Ramai yang begitu sibuk berbelanja untuk membuat persiapan di Hari Raya yang bakal menjelang tiba. Ada yang mencari pakaian baru, yang tak sempat buat kuih raya tu, beli kuih raya dan tak kurang juga yang beli perabot raya.
Dalam keghairahan tersebut, saya terserempak dengan beberapa perkara yang pada pandangan saya tidak sepatutnya berlaku jika kita tahu dan faham erti sebenar tentang pengurusan kewangan.
Apabila saya beratur di salah satu ATM dan Deposit Mesin di sebuah bank untuk membuat simpanan ke dalam akaun saya – orang lain sibuk keluarkan duit, saya sibuk simpan untuk pelaburan unit amanah saya
, saya terserempak dengan beberapa orang yang sibuk membuat pengeluaran Pendahuluan Tunai daripada Kad Kredit mereka…
Alahai …ruginya…apakah mereka tidak tahu atau memang sudah terdesak? Soal saya. Ini kerana apabila anda membuat pengeluaran pendahuluan tunai, anda akan dikenakan caj 5% daripada jumlah pengeluaran tersebut.
Jika anda keluarkan RM1,000.00 anda akan dikenakan caj RM50.00…senang-senang sahaja anda bagi Duit Raya kat bank, yang teah sedia ada kaya raya..
Dan apabila saya ke kaunter, untuk menukar wang kecil bagi persediaan Duit Raya untuk anak-anak tetamu saya nanti, saya terlihat pula sepasang suami isteri yang sibuk mengeluarkan wang tabungan ASB mereka…
Apakah mereka tidak tahu bahawa ASB itu adalah tabungan untuk masa depan dan bukannya untuk dibelanjakan sesuka hati di Hari Raya! haru birunya masyarakat kita berbelanja di hari raya ini, habiswang dipoket, wang ditabungan pula dikikisnya…
Jadi saranan saya, jika anda simpan wang anda, maka anda akan membantu menjadikan diri anda bertambah kaya tetapi malangnya jika anda keluarkan simpanan wang tersebut dan seterusnya berbelanja maka secara tidak langsung anda memabntu orang lain menjadi kaya raya!
Akhir kata , daripada saya Maaf zahir Batin dan Selamat Hari Raya kepada semua pelawat setia Blog Pemikir Kaya…
Salam Aidilfitri,
Salam kekayaan,
Khairulnahar a.k.a Thinkerich

Posted in 








Itulah bukan mudah untuk menguruskan kewangan jika tiada sistem yang betul…
Semoga saya dapat mengawal kewangan walaupun banyak cabarannya
diorang menyimpan utk masa depan jugak…kira masa depan la hari raya tu syeikh…mentaliti org lain-2
Kopiah,
Maka kena ubahlah mentaliti tu…jangan la duk pakai yang kurang bagus tu…ASB untuk tabungan masa depan atau dana rizab sahaja…kalau nak memenuhi keperluan hari raya tu kena siapkan dan rancang lebih awal laa…
Bagaimana caranya?
Dapatkan eBook ’7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang’ di http://www.BajetWang.com