Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Apa Itu CCRIS?

Masih ramai yang tak tahu apa itu CCRIS?

Ianya adalah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ianya merekodkan semua hutang yang dimiliki  oleh seseorang dan rekod bayaran balik  yang dibuat.

Namun ada juga yang salah faham jika nama mereka disenaraikan dalam CCRIS, maka nama mereka disenarai hitam dan menyebabkan mereka dihalang daripada ke luar negara serta tidak boleh membuat pinjaman bank.

Tapi CCRIS tidak menimbulkan halangan, selagi orang ramai membayar hutang dimiliki mengikut jadual. Apa yang penting, peminjam hanya perlu membayar balik sebarang pinjaman dimiliki secara konsisten, supaya CCRIS tidak merekodkan nama mereka dengan prestasi buruk itu.

Ini kerana CCRIS mengumpul dan menyimpan semua data berkaitan kredit atau hutang, milik individu atau syarikat dengan bank serta institusi lain, termasuk rekod bayaran balik selama 12 bulan sebelum dirujuk semua institusi terbabit, setiap kali orang ramai membuat permohonan pinjaman baharu.

Namun jika seseorang yang ingin ke luar negara tetapi berdepan halangan kerana masalah hutang atau diisytiharkan bankrap, boleh mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia.

Sehubungan itu, disarankan semua peminjam membuat semakan ketika hendak membuat pinjaman baharu. Yanh penting, sentiasalah pastikan bayaran balik pinjaman bank yang ada dibuat secara konsisten supaya tidak berdepan masalah untuk membuat sebarang pinjaman baru kemudian hari.

KJ

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

No Responses to “Apa Itu CCRIS?”

  1. Nor hayati mansor says:

    Saya telah disenarai sbg ccris kerana tunggakkan pinjaman kereta.dan pd 25hb September 2017 saya telah menyelesaikan tunggakkan selama 3bulan dan tiada lagi sebarang tunggakan hingga ke tarikh hari ini.persoalannya berapa lama kah masa yg akan diambil utk melepaskan nama saya dari disenarai CCRIS Supaya saya dapat membuat pinjaman lain?

Leave a Reply to Nor hayati mansor

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm