Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

APA ITU GST?

Salam pembaca Pemikirkaya!

Sebelum ini saya ada berjanji kepada pembaca semua untuk berkongsi maklumat tentang GST…

Apa itu GST? GST adalah singkatan bagi Goods & Service Tax atau dalam bahasa melayunya, Cukai Barangan & Perkhidmatan.

Iyalah, ramai yang mengomel, mengeluh dan risau apabila kerajaan bercadang melaksanakan GST dalam sistem percukaian negara bagi memantapkan lagi hasil dan ekonomi negara.

Seorang teman bertanya kepada saya,

“Bagaimanakah dengan harga barangan dan perkhidmatan nanti, jika GST dilaksanakan?

Adakah harganya akan meningkat naik?

Bukankah kerajaan memberi jaminan bahawa GST hanya dikenakan pada kadar 4% sahaja?”, soal teman saya penuh dengan perasaan ingin tahu.

Baiklah bagi menjawab persoalan tersebut, biarlah saya jelaskan dahulu situasi semasa percukaian dan hasil semasa negara.

GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang ketika ini dikenakan pada kadar 5% hingga 10%.

Tambahan lagi SST yang dikenakan sebelum ini mempuanyai beberapa kelemahan tersendiri kepada ekonomi negara termasuk boleh disalah guna oleh sesetengah pihak.

Contohnya, ada pengusaha kedai makan yang mengenakan cukai jualan 5%, tetapi bayaran cukai itu masuk poket mereka sendiri dan caj cukai yang sepatutnya memberikan manfaat kepada negara hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Ini sudah tentu mengurangkan lagiĀ  hasil negara. Malah agensi antrabangsa seperti Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia sudah lama menegaskan bahawa sumber percukaian negara ini adalah terlalu kecil kerana hanya bergantung kepada 1.5 juta pekerja yang membayar cukai pendapatan dan pergantungan keterlaluan negara kepada pendapatan minyak yang menyumbang lebih 40 peratus daripada pendapatan kerajaan persekutuan.

Dalam pelaksanaan GST yang bakal diperkenalkan nanti, beberapa barangan keperluan asas pengguna dikecualikan daripada GST seperti produk sayuran, beras, gula, garam, tepung dan minyak masak, daging serta perkhidmatan bagi elektrik dan air.

GST dikatakan adalah sistem percukaian yang lebih cekap kerana dikutip pada setiap peringkat.

Ini bermakna, cukai tidak dikenakan kepada pengguna sahaja sebaliknya turut dikenakan kepada pengilang, pemborong, dan juga peruncit yang tidak dikenakan dalam pelaksanaan SST sebelum ini.

Pelaksanaan GST adalah baik jika sekiranya kerajaan dapat mengurangkan cukai pendapatan dan korporat.

Ini kerana pembayar cukai sudah tentu terpaksa menanggung kos yang berganda, dengan lebihan pendapatan yang perlu dikenakan cukai, mereka turut perlu membayar GST dalam masa yang sama.

Negara Singapura contohnya, menggurangkan cukai pendapatan dan korporat sebaik melaksanakan GST.

Saya kira GST mempunyai banyak kelebihannya, jika tidak tak mungkin ianya telah digunapakai di 143 negara bermula di Perancis sejak 1950-an lagi. Tentu ianya lebih baik daripada SST.

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “APA ITU GST?”

  1. Salam Motivasi…

    Tapi bagi saya tanpa cukai negara akan mengalami kemerosotan ekonomi. Lagi pn gaji kakitangan kerajaan datangnya dari cukai syarikat swasta nie jugak..

    Saya minta maaf kalau pandangan nie salah dari segi fakta..

    Tq…

  2. Thinkerich says:

    zairi faiezil,

    Salam motivasi kembali :)

    Ya, benar pendapat tuan, negara perlukan cukai tetapi dengan pengurangan cukai korporat ianya bakal menggalakan kemasukan pelaburan asing…

  3. azwan says:

    salam

    pada pendapat tuan, apakah impact dari segi ‘financil portfolio’ terhadap industri kecil jika gst dilaksanakan?

    bagaimana pula impact kepada kerajaan?

  4. Wan Perlis says:

    maaf saya tak arif bab2 cukai ni.
    bagaimana cukai berfungsi?
    bagaimana cukai memberi hasil kepada negara?
    langkawi tu macam mana pulak?

  5. deusXmachina says:

    Salam
    GST sebenarnya boleh dilaksanakan
    Tetapi dengan syarat tingkatkan dahulu jumlah rakyat yang berpendapatn tinggi
    Ni yang layak bayar income tax pun hanya 15%
    Bertambah membebankan mereka yang berpendapatan rendah jek

    Jemput baca entri saya mengenai GST
    http://erk888.blogspot.com/2010/03/gst-sila-isi-tempat-kosong.html

  6. Luke says:

    GST hanya wajar dikenakan pada barangan mewah bukan barang keperluan asas.

  7. someone says:

    Nmpk nye menarik GST nie

  8. gz says:

    Pendapat saya, sepatutnya malaysia sudah tidak ada masaalah dengan cukai.
    sudah 50 tahun memerintah,cukai yang kecil2 ni sepatutnya sudah lama dimansuhkan demi kemudahan rakyat dan duit rakyat.
    Bukan masanya sekarang untuk bincang bagaimana nk kurangkan cukai dan tambahkan cukai

  9. mad says:

    klu umah dlm harga 400k yg msh ada loan bank@ da hbs bank kena gst juga ka?

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm