Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

APAKAH SKIM CEPAT KAYA?

Salam pembaca blog!

Hari ini saya bertemu dengan seorang teman yang datang ingin mendapatkan sedikit khidmat nasihat tentang bagaimana nak uruskan wang pendapatannya…

Dan dalam sesi soal selidik itu banyak perkara yang dapat saya kongsikan kepada anda semua…

Kebanyakan orang akan bertindak berdasarkan apa yang orang lain buat…mereka mudah terikut-ikut walaupun tahu perkara itu tidak betul..

Contoh pertama adalah berkenaan pinjaman kewangan melalui Along yang Berlesen…

Sesetengah daripada masyarakat yang “makan gaji” pada hari ini tidak kisah untuk membuat pinjaman dan dikenakan faedah 12% sebulan hanya untuk memenuhi keperluan kecemasan…akibat gagal merancang kewangan lebih awal..

Contoh keduanya mereka cuba menyelesaikan masalah kewangan mereka dengan menyertai program Skim Cepat Kaya yang mereka sangka pelaburan tulen…

Padahal mereka secara terang-terangan diperdaya dengan sistem yang kononya berbentuk perkongsian modal.. yang menjanjikan pulangan modal dalam masa singkat dan keuntungan  tetap dalam beberapa bulan sahaja..dalam syarikat yang mendakwa menjalankan perniagaan yang kurang jelas bentuk urusniaganya…

Iyalah apa yang mereka perlu adalah mendapatkan wang dengan cara yang rileks, santai-santai dan goyang kaki…tanpa perlu bersusah payah…cukup masa dapat pulangan modal dan keuntungan dan tanpa disedai mereka akan terus mengulangi perkara yang sama dengan harapan mendapat keuntungan yang berganda…alahai kesiannya..!

Saya sebenarnya dah penat bercerita kepada mereka tentang realiti sebenar pelaburan dan perniagaan…mana ada dalam dunia ini perniagaan yang boleh dapat keuntungan secara berterusan dan boleh menjanjikan pulangan tetap yang tinggi dan singkat…

Pihak bank sendiri tidak mahu berkongsi keuntungan dengan anda pulangan yang tinggi, apatah lagi sebuah syarikat yang mendakwa baru berniaga dan terus boleh beri keuntungan lumayan hasil perlaburan wang anda!

Tetapi itulah lumrahnya manusia mudah benar dikuasai nafsu dan sifat tamak tetapi malas berusaha..dan kesudahannya mereka merana:(

Jadi apakah Skim Cepat Kaya?

Berikut huraian yang boleh membantu anda berwaspada dengannya…

Skim Cepat Kaya (SCK) adalah satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.

Skim “Cepat Kaya” yang berikut adalah dilarang di bawah undang-undang yang dikuat kuasakan oleh Bank Negara Malaysia:

Aktiviti pengambilan deposit secara haram

Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen yang sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Urus niaga mata wang asing haram

Perbuatan yang berikut tergolong kepada urus niaga mata wang asing haram:

  • Membeli atau menjual mata wang asing di antara dua orang dan tiada seorang daripada mereka adalah seorang peniaga yang diberi kuasa melainkan jika orang itu telah mendapatkan kebenaran daripada Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW).
  • Membeli atau menjual mata wang asing oleh seorang pemastautin yang bukan seorang peniaga yang diberi kuasa dengan seorang di luar Malaysia melainkan jika orang itu telah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW.

Jadi anda mungkin mulai mendapat sedikit info atau gambaran yang jelas tentang SCK…Tapi Bagaimanakah Untuk Mengesan Skim Cepat Kaya?

Ikutilah pendedahan saya dalam artikel yang akan datang..Jangan lupa sentiasa melawati blog ini selalu untuk mendapatkan lebih banyak tentang info kewangan

Salam Kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm