Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

BELANJA DAHULU BAYAR KEMUDIAN…

Salam pembaca Blog PemikirKaya!

Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria di hari Jumaat yang mulia ini!

Baiklah hari ini saya akan berkongsi dengan anda satu tabiat yang mengakibatkan ramai rakyat Malaysia Berbelanja Melebihi Pendapatan..

Rata-rata ramai dikalangan masyarakat hari ini amat, amat menggemari tabiat ini!

Iya iyalah…tanpa perlukan wang yang secukupnya di dalam tangan/poket tapi anda boleh belanja dahulu untuk mendapatkan apa sahaja keperluan, kemahuan dan impian anda…

Wahhh..syoknya rasa dunia ini anda yang punya…!

Inilah salah satu punca kepada masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan orang dan ianya bertentangan sama  sekali dengan konsep Simpan Dahulu Belanja Kemudian

Anda perlu ingat! Perancangan penting dalam apa jua bentuk kehidupan apatah lagi apabila ianya melibatkan kewangan anda…!

Cuba bayangkan anda mengamalkan tabiat pengurusan kewangan sebegini, dengan hutang membuat hutang, sudah tentu anda akan menjadi seperti kebanyakan orang yang lain iaitu sepanjang hidup mereka hanya sekadar melangsaikan hutang.

Yang anehnya, mereka sanggup “bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian” dan lebih menyedihkan lagi, ada di antara mereka yang telah bersara dari menerima wang tetapi dalam masa yang sama masih belum bersara membayar hutang!

“Orang kaya kumpul wang, mereka yang sederhana dan miskin kumpul hutang!”

Ingatlah anda perlu Simpan Dahulu Belanja Kemudian untuk memastikan kewangan anda  sentiasa berada dalam kedudukan yang baik!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “BELANJA DAHULU BAYAR KEMUDIAN…”

  1. izzat aziz says:

    bagi saya carilah sesuatu yang memampukan kita untuk berbelanja baru belanja.. kerena walaupun kita simpan, katakan kita menyimpan duit untuk beli perabot, simpan selama berbulan-bulan terpaksa ikat perut.. dan boleh beli perabot.. tetapi tidak akan ada motivasi diri untuk kita meningkatkan pendapatan kita..

    jadi kalau kita tak beli selagi tak mampu.. kita akan berusaha untuk meningkat pendapatan.

    cuma cadangan.. :D

  2. MIJI says:

    Salam THINKERICH,saya amat tertarik dengan blog anda,jadi harapnya THINKERICH sudi untuk bertukar link dengan blog saya,blog anda telah saya letakkan di ruangan blogroll di blog saya. :)

    Ini link ke blog saya-

    http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm