Salam pembaca blog pemikirkaya!
Saya perhatikan ramai dikalangan kita pada hari ini sudah terbiasa berbelanja tanpa wang!
“Apa, Berbelanja Tanpa Wang?, Bagaimanakah caranya?”, anda mungkin bertanya.
Ya, pada hari ini bukannya sesuatu yang pelik dan menghairankan apabila anda boleh berbelanja tanpa perlukan wang di tangan anda!
Dengan kewujudan produk kewangan HEBAT seperti Kad Kredit, sesiapa sahaja boleh berbelanja tanpa perlukan wang!
Malangnya produk hebat ini, telah menyebabkan lebih ramaiĀ yang terjebak ke kancah keberhutangan kewangan yang serius!
Dan dalam masa yang sama, pihak bank, syarikat kewangan dan pengeluar kad kredit terus memanipulasi kelemahan yang ada pada pengguna kad kredit untuk mengaut keuntungan yang berganda-ganda daripada caj kewangan yang dikenakan!
Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 31 Oktober 2008, jumlah kemudahan kredit melalui pembiayaan Kad Kredit berlandaskan syariah mencecah RM665 juta pada tahun lalu!
Harus diingat! Itu hanyalah kad kredit yang berlandaskan syariah! Bagaimana jika ditambah dengan kad kredit konvensional yang berteraskan pinjaman yang dikenakan faedah aka RIBA ke atas had pinjaman yang digunakan?
Jumlahnya mungkin mencecah berbillion RM! Hebat bukan, rakyat negara ini berbelanja berjuta-juta bahkan berbillion RM tanpa sebarang wang!
Kesan buruk berbelanja melalui kad kredit ini telah mengakibatkan ramai yang kehilangan kawalan ke atas belanjawan mereka.
Apa tidaknya, dengan berbelanja menggunakan Kad Kredit, ianya seolah-olah anda membelanjakan sebelum anda menerima wang atau gaji anda!
Bayangkan apa yang berlaku, jika seseorang yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan mempunyai kemampuan kredit berjumlah RM5,000 daripada 2 keping kad kredit yang berbeza, kemudian membelanjakannya kesemua had kredit tersebut sebelum gaji diterimanya?
Mereka akan kekurangan wang! Ya, gaji diterima hanya RM3,000 tetapi bil yang perlu dijelaskan pula RM5,000?
Keadaan akan menjadi bertambah parah apabila mereka hanya membayar baki minima iaitu 5% daripada baki semasa bil tersebut. Maka tunggakan hutang kad kreditnya akan menjadi berganda-ganda selepas itu!
Jadi, saranan saya kepada para pembaca sekalian, jika anda mempunyai keupayaan untuk berbelanja tanpa wang, maka bertindaklah dengan bijak!
Jangan biarkan anda terjerumus dengan perangkap kewangan yang telah menyebabkan ramai yang lain MUFLIS!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Salam bro thinkerich…memang betul kate bro nie…akibat kad kredit ramai yang dah merana kerana tidak dapat mengawal perbelanjaan…pe pon thanx coz sudi kongsi info yang berguna…salam kenalan didunia online….
Salam Iqone_Dinie,
Salam perkenalan jua