Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

BERHATI-HATI DENGAN EMEL PALSU MENGGUNAKAN NAMA BANK NEGARA MALAYSIA

Siaran Akhbar : Bank Negara Malaysia (7 Oktober 2016)  

Bank Negara Malaysia ingin memberikan peringatan kepada orang ramai mengenai     e-mel palsu menggunakan nama Bank Negara Malaysia yang kononnya menghendaki penerima e-mel untuk klik dan muat turun lampiran.

Orang ramai diingatkan supaya tidak mengendahkan e-mel ini dan tidak memuat turun lampiran tersebut.

Modus operandi e-mel palsu yang digunakan oleh individu tertentu untuk memperdaya mangsa adalah seperti yang berikut:

  • Mangsa menerima e-mel bertajuk “Security Verification” yang kononnya daripada Bank Negara Malaysia untuk memberitahu mereka bahawa terdapat bayaran yang akan dimasukkan ke dalam akaun mereka. Mangsa dikehendaki melengkapkan pengesahan keselamatan dengan memuat turun lampiran yang disediakan.
  • Sebaik sahaja mangsa klik/muat turun pada pautan yang disediakan dalam lampiran, pautan tersebut akan membawa mereka ke laman sesawang palsu. Mereka diminta memberikan maklumat peribadi kewangan seperti butiran kad kredit atau kad debit termasuk nilai pengesahan kad (card verification value, CVV) atau nombor pengenalan peribadi lain (personal identification numbers, PIN).

Institusi kewangan termasuk pengeluar kad kredit dan Bank Negara Malaysia serta semua institusi perbankan tidak akan meminta maklumat perbankan peribadi apabila menghubungi pelanggan, sama ada melalui panggilan telefon, SMS atau e-mel.

Bank Negara Malaysia ingin menasihati orang ramai untuk mengambil langkah-langkah pencegahan berikut: –

  1. Gunakan pelayar sesawang (web browser) yang terkini dengan penapis phishing (kegiatan mencuri maklumat) yang telah tersedia.
  2. JANGAN mempercayai e-mel, panggilan atau SMS yang mendakwa anda memperoleh hadiah wang tunai, pemindahan dana yang diterima/bayaran atau bayaran balik wang dan meminta maklumat perbankan peribadi.
  3. Hubungi bank masing-masing atau hubungi perkhidmatan bebas tol Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) yang dikenali sebagai ABMConnect di 1-300-88-9980 apabila anda ragu-ragu mengenai e-mel, SMS atau panggilan telefon.

Untuk maklumat lanjut berhubung dengan aktiviti penipuan kewangan, sila layari laman sesawang amaran penipuan kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my. Orang ramai boleh menghubungi atau melawat:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Khidmat Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faks: (03)2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Untuk mengemukakan pertanyaan atau aduan, jenis 15888

BNM TANYA [pertanyaan anda/aduan]

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan Yang Berkunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato ‘Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang)

Atau Melawat cawangan-cawangan BNMLINK di Bank Negara Malaysia Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching atau

Telefon ABMConnect (Talian Penting Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia)

Tel: 1-300-88-9980

Illustrasi e-emel palsu

 

 

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm