Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

BERHUTANG UNTUK JADI KAYA?

Salam pembaca blog pemikir kaya..

Apa khabar semua, semoga berada dalam keadaan sihat, ceria dan gembira selalu :)

Baiklah kali ini saya nak berkongsi kisah bagaimana akhir-akhir ini ramai yang menggunakan alat kewangan terutamanya kemudahan kredit dan hutang untuk dijadikan modal perniagaan dan juga alat untuk menjana kekayaan…

Namun begitu kesudahannya ramai di antara mereka yang mengalami kerugian dan terpaksa menanggung beban hutang yang membebankan.

Ini kisah sebuah syarikat MLM yang mana memanipulasikan pinjaman untuk membantu meningkatkan jualan serta komisyen para agen jualan mereka..

Tapi saya tak tahu adakah syarikat MLM ini ada kaitan dengan artikel di blog Shamsuddin Kadir,

Sebuah Syarikat MLM besar sedang merayu

Sejak akhir-akhir ini, saya banyak menerima keluhan dan kekesalan para peserta atau ahli daripada syarikat MLM berkenaan yang mengadu mereka sedang berhadapan dengan masalah hutang gara-gara terlibat dengan teknik dan kaedah MLM berkenaan…

Apa nak dibuat sekarang, nasi sudah menjadi bubur..

Nak tak nak, terpaksa telan juga bubur berkenaan biarpun hasrat dan impian sebenar nak makan nasi tidak tercapai..

Inilah akibatnya apabila syarikat MLM mula memanipulasikan alat kewangan…

Mereka yang buta kewangan akan terus diperdayakan…

Yang untung sudah tentulah syarikat MLM itu sendiri dan juga upline yang terdahulu..

Kaedah meminjam dan berhutang untuk mendapat komisyen yang besar tak ubah seperti MLM yang menjalankan skim Piramid…

Siapa yang untung? Orang yang di atas atau terdahulu..

Siapa yang rugi? orang yang kemudian kemudian lah…

Pihak manakah yang paling gembira?

Sudah tentulah syarikat kewangan dan koperasi yang paling untung dan gembira dengan kaedah manipulasi ini…mereka dapat peluang bisnes yang besar..

Tak salah berhutang untuk jadi kaya, tetapi biarlah kena pada tempatnya..

Orang bisnes kaya raya kerana mereka berhutang dan faham dengan apa yang mereka lakukan..

Sebaliknya orang yang berhutang dengan menyertai MLM dengan tujuan untuk jadi kaya raya mungkin tidak faham dengan bisnes MLM yang sebenarnya…

Bisnes MLM pada hakikatnya jual barang dan kembangkan jumlah rangkaian penjual di bawah kumpulan kita dan bukannya cari orang, minta mereka jadi ahli rangkaian kita dengan berhutang untuk mengaut komisyen yang tinggi untuk keuntungan diri sendiri dan mengabaikan ahli di bawahnya terbeban dengan hutang yang kian membesar..

Apa yang saya nampak dalam isu ini, mereka yang berada di atas atau mereka yang terdahulu atau yang terawal adalah mereka yang paling untung!

Selagi agen atau ahli rangkaian di bawah mereka terus menerus mempromosikan kaeda hutang  untuk melariskan produk mereka, selagi itulah mereka terus menerima komisyen.

Sebaliknya mereka yang di bawah terus mencari ‘mangsa’ baru untuk ‘dikenakan’ bagi menanggung faedah hutang yang membebankan untuk keuntungan pihak syarikat dan upline  di atas..

Jadi saranan saya, jika tuan puan nak berhutang untuk jadi kaya, fahami dahulu hutang itu sama ada ianya hutang yang baik atau buruk!

Dapatkan maklumat lanjut berkaitan hutang daripada laman ini:-

www.PanduanBebasHutang.com

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “BERHUTANG UNTUK JADI KAYA?”

  1. Zairi Zaidi says:

    Baiklah kumpul duit untuk buat sesuatu…

  2. KHAIRUDIN MALIKI says:

    Saya merasa terpanggil untuk membantu anda semua menangani masalah hutang ni. Oleh kerana masalah syarikat MLM terbabit pernah diutarakan sendiri oleh IDOLA SAYA, iaitu SHAMSUDDIN ABDUL KADIR dalam laman web beliau, maka saya dengan sukacitanya ingin memberi khabar gembira disini. Jika anda semua ingin memperolehi ILMU KEBIJAKSANAAN KEWANGAN secara PERCUMA, mungkin blog http://khairudinmaliki2010.blogspot.com ni boleh membantu. Jika anda nak tambah lagi ILMU KEBIJAKSANAAN KEWANGAN, laman blog saya iaitu http://jutawansinaris2010.blogspot.com boleh dijadikan pilihan kedua. Dan menariknya, semua ilmu2 ni adalah PERCUMA.
    – EN KHAIRUDIN MALIKI

  3. azezul says:

    Salam…

    Memang betul kata Pemikir Kaya. Sebenarnye MLM kini telah menjadi bisnes yang menggunakan teknik ‘memujuk dan memperdaya’. Bukanlah saya mahu mengutuk MLM ni, tapi kadang2 cerita yang digembar gemburkan hanya khayalan semata2. Yang kaya cuma beberapa orang, yang tidak menjadi kaya dan ditambah beban hutang yang banyak, tentulah orang yang telah termakan pujuk rayu orang MLM ni.

    Kalau kita tidak tahu untuk meniaga secara MLM ni, saya nasihatkan tak payah la susah2 nak cuba. Jangan kerana kawan kita dah masuk, kita juga ikut masuk. Baik simpan di tempat selamat ataupun meniaga apa yang kita benar2 tahu.

  4. YusopRejab says:

    Assalamualaikum dan salm sejahtera semua,

    Saya pernah menghadiri kursus Tuan SK (Shamsuddin Kadir)pada satu masa dulu dan ada peserta yang mengutarakan perkara ini, bahawa ada syarikat MLM yang masih ada sekarang dan memang iklan nya selalu keluar di TV. Peserta dikehendaki membuat pinjaman berpuluh ribu dan boleh terus dapat pangkat tinggi dan dalam masa yang sama cari downline dan practice perkara yang sama. dengan cara itu dengan cepat dia orang naik dan dapat untung. Ada rakan saya yang join dengan buat loan ni, pada mula upline cakap akan tolong cari downline, lepas masuk mula-mula ok lepas tu lama-lama dah slow dan sekarang beliau terpaksa bayar hutang bank tiap2 bulan, tapi income dari MLM tu tak de sebab tak dapat cari downline.
    Tapi tak dinafikan ada yang berjaya dengan cara ini, tapi yang kaya nya yang atas dulu yang bawah2, sakit juga nak naik.

  5. Thinkerich says:

    YusopRejab,

    Sesetengah orang menjadi kaya dengan berhutang(dalam kes ini orang yang terdahululah)…

    Sebenarnya tak salah berhutang untuk menjadi kaya..jika kita tahu dan faham kaedahnya

    Ramai yang memanipulasikan hutang untuk jadi kaya tetapi dalam kes MLM ini, ianya seolah-olah menganiaya orang yang tak berjaya pula…

    Ini dah kira kes memanipulasikan downline pula :(

  6. Sememangnya perniagaan MLM amat menguntungkan. Apa yang penting ialah bergandingan dengan kumpulan atau network yang saling bantu-membantu. Maknanya, seorang ketua kumpulan akan membantu anak buahnya selain daripada anak buah lain, yang telah mendaftar dahulu, turut membantu rakan yang baru masuk ini. Dengan gandingan daripada bantuan ketua kumpulan serta bantuan rakan-rakan sama level, maka kumpulan tersebut boelh maju dengan cemerlang.
    Amalan sekarang ialah di mana ketua kumpulan hanya mementingkan periuk nasi sendiri serta tidak membantu anak buahnya. Ketua kumpulan hanya mahukan penjualan daripada anak buahnya tanpa membimbing anak buahnya untuk sama-sama berjaya.
    Apa-apa pun, untuk berjaya secara berkumpulan, seharusnya ada muafakat.

  7. Thinkerich says:

    shahrir hj ahmad,

    Ya, saya setuju…bantu membantu..& muafakat..

    Apa yang penting kerjasama :)

  8. 4-Lie says:

    Assalamualaikum,

    Berhutang untuk jadi kaya?……..emmmmm untuk MLM saya tak nak komen.. masing-masing menilai.. tetapi kalau berhutan untuk pelaburan.. kita kena kaji profit/dividen vs interest.. sekiranya dividen>interest teruskan.. tetapi sekiranya dividen

  9. syed says:

    Buang masa je buat bisness MLM….Teringat member saya nie yang baru join MLM,,,,siap gah kata bulan depan nak angkat kereta mewah lepas saya tak nak join…selain itu katalah pula ini melayu tak berwawasan dan malas,,,,…Bila pi dia punya preview semuanya iklan,,,yang si mamat rempit nie dalam 3 bulan dan dapat beli mercdes,,yang si jaga kilang nie pula dah beli BMW,,,,,,semua nie hanyalah perangkap je ,,,,kalau nak buat bisness,buat original business sudah,,,,

    Lagi satu kepada orang MLM,,,tak penat ke bercakap besar siang dan malam ,,,,kat facebook pun nak berckap besar
    Kepada orng awam ,,jangan lah mengambil hutang beribu-ribu untuk MLM nie…Buang masa je

  10. shah says:

    saya pun dah kene tipu dgn mamat jahanam tue..rugi saya rm2500..bodohnya saya..tapi saya jadikan pengajaran..jgn mudah terpegaruh..

  11. Thinkerich says:

    shah,

    Anggap sahaja bayaran tersebut sebagai yuran kursus…

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm