Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

DISKAUN & JUALAN MURAH!

Salam pembaca blog,

Saya tertarik dengan isu yang disampaikan oleh saudara Syazwan daripada SaifulSham.com
kisah bagaimana beliau telah tertipu dan terpengaruh dengan taktik promosi salah sebuah pasaraya yang telah menawarkan diskaun 50% kononya.

Boleh dikatakan ramai dikalangan pengguna sebenarnya tidak mengetahui maksud sebenar disebalik aktiviti Jualan Murah yang dijalankan oleh para pengusaha mahu pun peniaga setiap kali promosi dijalankan. Banyak aktiviti promosi mengelirukan para pengguna telah dilakukan oleh para peniaga dan ianya sebenarnya cukup membantu meningkatkan jumlah jualan mereka setiap masa.

Adalah menjadi satu kesalahan  kepada peniaga apabila  mempamerkan  iklan promosi  dengan menyatakan  peratus  potongan yang diberi seperti 70%, 50%, 30% dan sebagainya.  Ianya  sebenarnya  begitu mengelirukan  pengguna.

Notis Jualan Murah yang diluluskan sebenarnya adalah berdasarkan kepada peratusan stok yang ada dalam simpanan peniaga yang mana perlu berada di dalam stok peniaga dalam tempoh 6 bulan terlebih dahulu. Untuk memudahkan pemahaman, ianya adalah stok yang tidak laku atau tidak habis dijual sepanjang 6 bulan.

Maksud peratusan yang diluluskan untuk Jualan Murah pula membawa maksud peratusan daripada STOK dan bukannya pada ITEM yang dijual. Sebagai contoh,  katakanlah Notis Jualan Murah yang diluluskan adalah 70%, ianya membawa maksud daripada stok yang ada dalam simpanan peniaga, 70% daripadanya dibenarkan dijual dengan harga murah atau diskaun.

Malangnya, rata-rata pengguna memahaminya sebagai diskaun ke atas ITEM.  Tidak, bukan sama sekali! Betulkan semula persepi anda semua mulai SEKARANG! Nantikan kupasan lanjut dalam siri kepenggunaan akan datang….

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm