Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

FIKIR DAHULU SEBELUM BERHUTANG!

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Apa khabar? Kebanyakan orang meminjam daripada institusi perbankan apabila membeli aset seperti rumah, kereta, dan ada juga yang membuat personal loan!

Berhutang tidak semestinya tidak baik! kata seorang perunding kewangan di salah sebuah bank..

Sebenarnya, jika sesuatu pinjaman digunakan dengan bijak, ia boleh membantu meningkatkan kekayaan anda! tambahnya lagi..

Memang benar dan saya akui kebenarannya!

Masalahnya, tidak ramai yang dapat gunakan hutang dengan bijak sebaliknya mereka lebih senang menjadi hamba dan pekerja kepada pihak bank!

Ya, pekerja kepada pihak bank dengan membayar lebih banyak faedah yang menyumbang kepada keuntungan tahunan operasi bank!

Ramai yang membuat pinjaman dan berhutang pada hari ini denganĀ  pihak bank akhirnya lebih banyak membantu meningkatkan kekayaan pihak bank dan bukannya diri sendiri!

Mereka lebih percaya kepada saranan dan cadangan serta khidmat nasihat daripada pegawai bank untuk menggunakan produk kewangan daripada bank mereka.

Sudah tentulah khidmat nasihat tersebut ada ‘udang disebalik mee’ :)

Sepanjang saya berurusan dengan pihak bank, agak sukar untuk menemui pegawai atau kakitangan bank yang memberikan khidmat nasihat jujur yang tidak berat sebelah kepada produk kewangan yang mereka tawarkan!

Hanya terdapat sebilangan kecil, kakitangan dan pegawai bank yang memberi khidmat nasihat kewangan bebas dan terbuka dan bank tersebut sudah pastilah bukannya bank tempatan.

Nampaknya mereka lebih profesional dalam memberikan perkhidmatan pelanggan dengan sikap yang lebih terbuka. Maka tak hairanlah bank tersebut mampu membuka cawangan di seluruh dunia.

Jadi jika anda ingin membuat pinjaman fikir dahulu sebelum berhutang! Kaji keperluan hutang anda agar ianya berada pada tahap kewangan anda dan bukannya berdasarkan apa yang dicadangkan oleh pihak bank.

Ingat pihak bank membuat keuntungan daripada anda! Jika anda tidak mendapat keuntungan yang lebih daripada pinjaman tersebut, maka fikirlah berkali-kali bukan setakat dua tiga kali! :)

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “FIKIR DAHULU SEBELUM BERHUTANG!”

  1. zool says:

    Betul2.. baru2 ni ada member ajak skim ASB..
    tapi bila dengo satu nasihat dari Ustaz bahawa bior duit simpanan bukan dari duit utang..
    Jadi cancellkan je,,
    Lagipun skg ni pun ada utang umah n PTPTN..
    mesti setelkan tu dulu

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm