Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

FINANCIAL CONSULTANTS?

Salam pembaca blog pemikirkaya dot com!

Ketika saya sedang memandu mencari-cari ofis PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd., di Taman Perindutrian Batu Caves, Selangor baru-baru ini, saya terpandang dengan pelbagai iklan yang ditampal baik di perhentian bas, di tiang-tiang lampu, mahu pun di dinding bangunan.

Apa yang menariknya, saya telah terserempak dengan deretan iklan yang memberikan pinjaman tunai secara mudah tanpa penjamin! Tetapi menggunakan perkataan Financial Consultans…!

Erks…! Apakah yang mereka maksudkan?

Ini boleh mengelirukan masyarakat!

Financial Consultans  atau Perunding Kewangan bukannya membawa maksud suatu perkhidmatan pemberian pinjaman kepada mereka yang memerlukan wang tunai!

Ini sesuatu yang tidak tepat!

Jika ianya diterima sebagai  sesuatu yang benar, sudah pasti masyarakat akan lebih buta dalam pengurusan dan perancangan kewangan.

Perundingan Kewangan bukannya membantu dan menggalakan anda untuk membuat hutang tetapi ianya adalah sebaliknya!

Khidmat runding kewangan adalah suatu proses penentuan sama ada dan bagaimana anda dapat mencapai wawasan kewangan anda melalui pengurusan sumber-sumber kewangan secara bersesuaian!

Dan ianya adalah satu bentuk penyelesaian kepada pengurusan kewangan anda!

Dan bukannya penyelesaian untuk mendapatkan wang tunai melalui kaedah membuat HUTANG melalui bayaran interest a.k.a BUNGA a.k.a RIBA yang melampau!

Jadi, jika anda sedang mengalami masalah kewangan anda perlu ingat pesanan saya ini!

Jangan berjumpa dengan ALONG yang mengiklankan diri mereka sebagai Financial Consultants!, tetapi sebaliknya dapatkanlah khidmat Perunding Kewangan yang berkelayakan dan professional!

Pastikan mereka adalah Perunding atau pun Perancang Kewangan yang berdaftar dan berlesen secara sah! Dapatkan bukti pengenalan diri dan kelayakan bertauliah daripada mereka!

Salam kekayaan!

THINKERICH

p/s:  Jika anda sedang mengalami masalah kewangan dan inginkan suatu penyelesaian dengan cara yang mudah, teratur dan berkesan, anda boleh dapatkannya dengan KLIK DI SINI!

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “FINANCIAL CONSULTANTS?”

  1. zool says:

    Itulah kaedah mengelirukan..
    Kena ada knowledge yang betul..

  2. ZulBM says:

    Bersetuju dgn Zool dan pemikirkaya…moga ianya akan menyedarkan mereka2 telah di kelirukan….

  3. Thinkerich says:

    Zool & ZulBM,

    Begitulah hendaknya…

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm