Salam pembaca PemikirKaya!
Semalam ketika saya menyampaikan taklimat ringkas dalam sesi ‘Bicara Buku’ bagi buku terbaru saya Bajet Wang di salah sebuah organisasi, salah seorang pendengar menyampuk apa yang saya sarankan…
Mungkin tidak setuju atau mungkin juga bergurau…saya tak pasti!
Ianya bermula apabila saya mula menekankan perlunya kita untuk mula membuat catatan bagi setiap jenis perbelanjaan yang telah kita buat setiap hari walau pun nilainya cuma 5 sen!
Yalah, katanya nak atasi masalah kekurangan wang! Jadi kenalah semak dan selidiki tabiat perbelanjaan kita dengan terperinci…
Apa yang dia kata?
Katanya, “Wah, sampai macam tu sekali? Jadi Haji Bakhil lah aku gamaknya!”
Begitulah lebih kurang bunyinya apabila telah di’translate’ ke bahasa yang mudah faham
Hmmm.. kekadang kita perlu ikut resmi Haji Bakhil, karektor orang tua kedekut yang dipaparkan dalam Filem arahan Tan Sri P.Ramlee, Labu Labi dan Nasib si Labu Labi…
Semua tahu bahawa karya agung Tan Sri P.Ramle sarat dengan humor dan pengajaran yang banyak boleh kita pelajari.
Salah satunya dalam pengurusan kewangan peribadi!
Sekiranya anda pernah menonton kedua-dua filem lagenda tersebut, anda pasti tahu dan ingat akan betapa bakhilnya dan kikirnya si Haji Bakhil dalam membelanjakan kewangannya.
Dan apa yang menariknya, Haji Bakhil ini salah seorang karektar yang mempunyai Financial IQ yang tinggi!
Ini kerana walaupun beliau mempunyai wang dan harta yang banyak tetapi beliau masih tetap pakai kereta buruknya!
Lihat! Tan Sri P. Ramlee sendiri telah menggunakan konsep ini, sebelum Robert T. Kiyosaki mendedahkannya pada lewat era 90-an melalui buku Best Sellernya Rich Dad Poor Dad!
Hmm..tetapi yang kedekut taknak bagi derma tu…tak perlu ikut laa ya
Kekadang KITA Perlu Jadi Haji Bakhil
Salam kekayaan.
THINKERICH


Posted in 








Salam….
Benar tu bahwa catatan boleh mengawal perbelanjaan kita dan ianya benar utk melaksanakan bukannya mudah dan memerlukan komitmen dan disiplin yg tinggi dimana ianya boleh di bentuk dari masa kesemasa……Insyaallah anda akan berjaya!!
ZulBM,
Terima kasih kerana sudi memberikan komen dan pendapat
Ya, benar sekali, Displin yang tinggi dan Sikap yang betul akan dapat membantu menjayakan pengurusan kewangan kita dengan lebih baik dan teratur!
apabila setiap sen yang dikeluarkan dicatit kite takan mengeluh kenapa bulan ni tak cukup duit. dan memang saya amalkan menulis setiap aliran wang keluar dan masuk. alhamdulillah dgn cara ini kite dapat perbelanjaan terkawal,,,,,
liza,
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman puan dalam blog ini…dan tahniah kerana telah melaksanakan usaha dan langkah yang berkesan..