Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

HARGA MINYAK DAN GULA NAIK LAGI!

Salam pembaca sekalian,

Hari ini 16 Julai 2010,  apabila saya melayari internet, mendengar  radio, membaca blog-blog terpapar pelabagai reaksi akibat kenaikan harga minyak dan gula yang diselaraskan harganya (dikurangkan SUBSIDI, dinaikkan harga) oleh pihak kerajaan sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi.

Apabila perkara sebegini berlaku majoriti daripada kita akan merasa risau dan susah hati.

Bukannya apa, dahlah harga minyak dan gula naik yang menyebabkan kita perlu berbelanja lebih besar dengan sumber pendapatan yang sama tetapi dalam masa yang sama terpaksa berdepan dengan kenaikan harga perkhidmatan dan barangan makanan minuman yang dijual oleh para peniaga.

Nak salahkan peniaga naikkan harga barang tak boleh juga, sebabnya mereka juga terpaksa menampung kos baru yang agak tinggi, tapi bagi peniaga yang ambil kesempatan tu dengan menaikkan harga melampau sepatutnya kita sebagai pengguna seharusnya gunakan ‘Kuasa’ Pengguna yang ada pada kita dengan memboikot atau memulaukannya sahaja!

Ketika ramai yang mula mencemuh tindakan kerajaan ini dan mula keluh kesah dan sakit hati tak pasal-pasal pada kerajaan, saya berpendapat ianya bukanlah perlakuan yang harus kita ambil pada ketika ini.

Walau apapun berlaku hari ini, kita tidak boleh bertindak umpama ‘Anjing Menyalak Bukit’…

Walau sekuat mana salakkan dilakukan, bukit akan tetap berdiri teguh!

Apa yang ingin saya sampaikan di sini, apabila berlaku sesuatu yang tidak kita sukai, adalah lebih baik kita lihat pada sudut pandang yang positif.

Misalnya, kita boleh mula mengurangkan pengambilan gula atau minum di luar.

Ini tindakan yang sihat untuk tubuh badan kita bagi mengelakkan daripada diserang penyakit kencing manis yang mana menurut laporan hampir 40% rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti yang cenderung untuk menghidap diabetes.

Dalam masa yang sama juga, ianya turut menggalakan kita untuk mula berdisplin dalam mengawal perbelanjaan dengan mengurangkan perbelanjaan ke atas minuman ringan dan bergula ketika berada di luar rumah.

Ini dapat menyihatkan kewangan kita dan dalam masa yang sama dapat menyihatkan tubuh badan.

Maka apabila harga barangan  mulai naik, tindakan paling tepat bukannya mengeluh tetapi mula merancang kesihatan diri dan kewangan mulai sekarang!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “HARGA MINYAK DAN GULA NAIK LAGI!”

  1. kelhome says:

    bab gula naik, minyak naik sebenarnya bukan kesannya pada gula dan minyak sahaja. sebabnya yang akan turut naik ialah barang barang lain pun akan naik bersama. jika kenaikan minyak dan gula tidak menarik harga barang lain naik, tak apa. masalahnya apabila kesannya mempengaruhi barangan lain.

  2. Pak Deen says:

    Ya betul tu, barang makanan lain akan turut naik, tambang pengangkutan pun akan naik, macam2 naik..setakat mana kerajaan nak kawal kenaikan. Cuma kita akan berusaha nak tampal kebocoran belanja harian samada dengan pendapatan aktif,pasif income atau side income..

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm