Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

HARGA PETROL & CC ENJIN KERETA

Salam pembaca blog pemikirkaya.

Sejak akhir-akhir ini, saya sering diajukan persoalan tentang pelaksanaan GST dan juga harga subsidi minyak yang akan diperkenalkan mulai Mei 2010.

Macam biasalah, ramai yang keluh kesah dengan apa yang diwar-warkan oleh kerajaan ketika ini.

Tapi bagi saya ianya satu langkah yang harus dipuji, kerana sekurang-kurangnya pihak kerajaan memberi ruang kepada rakyat untuk memberikan cadangan, pandangan dan yang paling penting sekali membuat persediaan dan PERANCANGAN!

Iyalah..kata bijak pandai “Gagal Untuk Merancang, Bermakna Merancang Untuk Gagal”…

Hmm.. tapi kali ini saya tak nak bincang pasal GST, tapi nak bincang berkaitan dengan subsidi petrol.

Sebelum ini kita ada dengar yang berkemungkinan..(kemungkinan ya!) kerajaan akan memberikan subsidi petrol berdasarkan CC enjin pemilik kenderaan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja menerima subsidi petrol.

Mekanisme yang digunapakai adalah CC kenderaan di bawah 2,000 cc layak menerima subsidi.

Saya bukannya tak setuju, tapi saya kira ada yang mungkin tak kena dengan mekanisme pemilihan dan penetapan berdasarkan kriteria tersebut.

Iyalah, kerana harga sesebuah kenderaan itu tidak semestinya dipengaruhi oleh CC enjin kenderaan, (walau dalam banyak keadaan ianya ada hubungkait) tapi bagaimana keadaannya jika kenderaan yang CC nya lebih tinggi tetapi harga pasarannya jauh lebih rendah daripada kenderaan yang kapasiti CC nya lebih rendah.

Contohnya, kereta Proton Perdana 2,000 cc, terpakai harganya jauh lebih rendah daripada kereta buatan dan keluaran seperti Honda, Toyota atau Nissan yang berkapasiti 1,500 cc!

Begitu juga keadaannya dengan harga di Pulau Bebas Cukai seperti Pulau Langkawi dan Pulau Labuan, harga kereta berjenama Honda, Toyota, Nissan dan yang ‘Fully Imported’ jauh lebih murah daripada tempat lain.

Di Pulau Labuan misalnya, kita boleh lihat ramai penjawat awam yang mempunyai pendapatan RM2,000 hingga RM3,000 sebulan memandu Honda Accord, Toyota Wish, Honda Stream (1,800 cc aje) Toyota Camry dan pelbagai lagi, bahkan ada juga Pembantu Tadbir(kerani) dan pemandu yang memandu Mitsubishi Lancer GTs 2,000 cc..yang mana harga di atas jalan raya di tempat lain mencecah RM126,000!

Bagaimana pula dengan kereta lama berusia lebih 15 hingga 20 tahun? yang rata-ratanya nilainya tidak sampai RM5,000 tetapi CC enjinnya melebihi 2,000cc?

Bagaimana pula halnya dengan kereta mewah seperti BMW318i (1,800cc), Mercedes Benz, Mini Cooper, Audi A4, Volkswagen Golf walaupun harganya lebih RM200,00 ke atas tetapi ada juga yang CC enjinya di bawah 2,000 cc…

Saya dan kita semua berharap pihak kerajaan, terutamanya pihak KPDNKK mengambil kira apa¬† yang dinyatakan di atas sebelum melaksanakan mekanisme penetapan baru harga petrol bersubsidi agar tagline 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Apa pula pendapat pembaca semua?

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “HARGA PETROL & CC ENJIN KERETA”

  1. azezul says:

    betul jugak yer…

  2. Thinkerich says:

    azezul,

    itulah hakikatnyer…

  3. M Fazil says:

    tak tepat juga la. betul saranan kerajaan berdasarkan subsidi berdasarkan cc, bukan harga pasaran kereta. kita jangan nak pandai sangat buat pandangan yang mengarut, kerajaan dah bincang dah. rasionalnya, lebih besar cc kereta tu, lebih besar penggunaan petrolnya. faham tak? biarpun kereta tu harganya rm500 sekali pun, kalau dah cc tu lebih 2000, penggunaan minyak memang besar. selain tu faktor dari segi kadar pencemaran. negara maju spt us dan eropah mengalami tahap IPU yang agak tinggi sebab mereka guna cc kereta besar, kebanyakkan 2000, 3000 malah ada yg 4000 dan 5000 cc pun ada. paling penting skrg kerajaan kena galakkan dan malah beri pengurangan cukai (duti eksais, cukai jualan dan cukai jalan) bagi kereta/kenderaan hybrid, NGV dan bahanapi alternatif, spt etanol dan biodiesel.
    saranan kerajaan tu memang dah agak tepat tapi cuma perlu sedikit lagi pandangan yg membina.

  4. Thinkerich says:

    M Fazil,

    Terima kasih di atas pandangan tuan.

    Persoalan yang dibangkitkan di sini soal kemampuan pemilikan kenderaan berdasarkan CC dan harganya oleh pengguna a.k.a rakyat negara ini dan bukannya soal penggunaannya…

    Saya harap tuan faham…apa yang saya bangkitkan di sini adalah berkaitan kereta mewah yang mana CC nya jauh lebih rendah tetapi ianya mampu dimiliki oleh mereka yang jauh berkemampuan…

    Harap tuan lebih berfikir…

    Bukankah subsidi itu hanya untuk diberikan kepada kumpulan sasar…golongan berpendapatan rendah dan sederhana…

    Info terkini yang saya terima daripada KPDNKK, mekanisme subsidi berdasarkan CC kereta tidak akan digunapakai…

    Maksudnya tak semua saranan awal kerajaan itu tepat…sebabnya kerajaan telah mengambilkira gagasan 1 Malaysia – “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” :)

  5. M Fazil says:

    Persoalannya, apa anda definisi kereta mewah? Pada pandangan saya, definisi kereta mewah ialah sebuah kereta/kenderaan yang mempunyai ciri2 mewah dan berteknologi tinggi serta tahap kualiti & keselesaan yang sangat memuaskan. Selalunya kereta mewah seperti ini mempunyai cc yang besar, biasanya 2000 cc ke atas (sbg contoh jenama Mercedes, BMW, Lexus). Pada saya, saudara ingin kerajaan kita mempertahankan Proton, sebab Proton tidak boleh dianggap mewah. Bukanlah saya bersikap anti-patriotik, tetapi saya mementingkan kualiti (kerana saya bekerja di dalam jabatan yang menjaga kualiti) selain daripada rekabentuk & ciri2 yg menarik serta berteknologi maju. Bagi saya, jenama kereta seperti Toyota dan Honda, juga merupakan alternatif dan saingan yang sihat untuk jenama kereta kita, tetapi kita tidak pernah belajar.
    Berbalik kepada isu subsidi berdasarkan pemilikan kereta mewah atau tidak, bukanlah ianya satu perkara yang mustahil untuk kerajaan melaksanakannya tetapi ianya bukan mudah juga untuk kerajaan membuat satu sistem untuk menjejak secara tepat berkenaan pemilikan kereta, samada mewah atau tidak.
    Seperti yang saya sebut di atas, bagaimana kita boleh mendefinisikan sebuah kenderaan itu mewah? Berdasarkan jenamanya ke atau ciri2nya ke atau cc nya ke? Sebagai contoh, jika saya memiliki sebuah Honda City tahun 2003 yang harga pasarannya kurang lebih rm35-38k (sekarang), adakah ianya dianggap mewah? Fikirkan lah…

  6. Thinkerich says:

    M Fazil,

    Terima kasih di atas pandangan tuan berkenaan definisi kereta mewah…

    Persoalan yang cuba dibangkitkan di sini adalah berkaitan kereta mewah dengan harga yang jauh lebih besar berbanding CC nya (di bawah 2,000 cc)
    seperti BMW 318i (1800cc),Honda Stream 1.8 (1800cc), Mercedez Benz B Class B180 (1699cc)..dan senarainya berterusan ..

    Harap tuan faham apa yang ingin saya sampaikan …bukan berkaitan “mempertahankan Proton”…

    Harap tuan faham :)

  7. Azizi says:

    bto ke harga kereta akan jatuh?

  8. Thinkerich says:

    Azizi,

    Hmmm…tak dapat saya nak berikan jawapannya..tapi apa yang pasti apabila kita beli kereta, harganya terus menjunam :)

  9. akapere says:

    kalau awak2 semua ni takut sangat dengan kenaikkan harga minyak, tukar saja kereta kapada cc kecil senang cerita, kalau masih lagi rasa tidak puas hati? pakai basikal, jalan kaki macam di negara barat, mereka lebih suka berjalan kaki sebab di negara mereka memang tidak ada subsidi untuk rakyat. Rakyat M`sia mungkin dah biasa sangat dengan subsidi, cuba banding dengan orang pendalan Sarawak dan Sabah harga petrol disana rm6 seliter, kita di bandar kira bersyukur dah kerajaan dah bantu. saya setuju dengan pandangan kerajaan menaikkan harga petrol.. kalau tak puas hati, undilah yang dapat mengubah harga Minyak

  10. Thinkerich says:

    akapere,

    “Undilah yang dapat mengubah harga minyak..”

    He..he..lain macam bunyinya :)

    Macam kempen pilihanraya je?

  11. zwan says:

    hehe…hidup mesti terus…
    nak x tak…..hadapi dengan tabah….
    semuanya telah dirancang..kita hanya laluinya sahaja….jangan tension2….

  12. Thinkerich says:

    zwan,

    Ya, hidup mesti diteruskan..

  13. sawan says:

    salam, isu ini saya kira sudah dibicarakan lagi buat masa sekarang. tetapi ianya akan dibicara akan datang. sebagai menghormati pengguna kederaan yg terdapat di malaysia ini, penggunaan petrol ini lebaih banyak digunakan di bandar2 tetapi kurang digunkan di luar bandar. rasionalnya jika mengikut cc kederaan sudah tentu ramai yg memikirkan kederaan mewah mempunyai cc yg besar ini termasuklah saudara MFazil(mungkin dia memandu kederaan mewah dan cc besar > 2000 cc kot). hakikatnya kederaan mewah dan moden sudah mempunyai enjin

  14. Kimizo says:

    saya juga yang pakai kereta proton iswara je
    cc kecik pun takpe, asal boleh bawa ke mana2

  15. Na says:

    BTW, for those y cukup duit bulanan xmacam student, sgt rase GST y dibuat di Malaysia sekarang berbanding dgn negara membangun yang lainnya menyusahkan..
    Take a time a while and make a researh about GST in Malaysia and compared to Singapore which their country even more established in taxes and so on. there are huge difference. believe me!
    dont make a rush opinion of something when a definite facts and reality clashed with ur thought

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm