Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

KENAPA CAJ 2% DIKENAKAN PADA KAD KREDIT?

Salam pembaca pemikirkaya!

Ada pembaca yang bertanya saya, kenapa ada sesetengah kedai atau peniaga mengenakan caj 2% apabila mereka berbelanja menggunakan caj kad kredit?

Untuk menjawab soalan tersebut, biarlah saya jelaskan kedudukan sebenar perkara ini.

Untuk makluman semua, kos tanggungan ke atas transaksi kad kredit adalah tanggungan pihak pekedai dan bukannya pengguna kad kredit.

Caj ini dikenakan kepada peniaga kerana mereka menggunakan mesin yang disediakan oleh pihak bank.

Oleh kerana ramai yang tidak tahu tentang perkara ini, maka para peniaga dan pekedai yang tidak bertanggungjawab ini telah memanipulasikan perkara ini dengan memindahkan caj tersebut kepada pengguna kad kredit. Teruk bukan?

Jadi apa yang perlu anda lakukan jika perkara sebegini berlaku kepada anda?

Sebagai pemegang kad sebenarnya kita berhak memaklumkan kepada institusi pemeroleh peniaga atau pengeluar kad kredit yang berkenaan mengenai pengenaan caj tambahan dengan mengemukakan bukti.

Contohnya resit bayaran yang menyatakan jumlah caj tambahan itu supaya dapat disiasat dan tindakan sewajarnya boleh diambil oleh institusi pemeroleh peniaga, ke atas peniaga yang berkenaan.

Sebagai pengguna yang bijak (bukan terpijak) :) kita juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli barangan daripada peniaga yang mengenakan caj tambahan.

Boikot sahaja mereka. Jika mereka nak ‘kenakan’ kita, tak perlulah kita nak sokong bisnes mereka!

Gunakan kuasa pengguna kita, jangan biarkan mereka mempermainkan kita.

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm