Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Makanan Untuk Menjana Minda Kuatkan Daya Ingatan

Salam pembaca pemikirkaya.

Pada bulan Ramdhan ini, saya nak kongsikan sedikit tentang pemakanan. Bagi saya apa yang kita makan itu penting dan tabiat pemakanan kita juga penting. Ini kerana kita adalah apa yang kita makan.

Dalam pemakanan zat dan nutrien yang diambil amat penting. Bagi mereka yang sering menggunakan minda sebagai sumber utama untuk mencari rezeki, saya amat menggalakan untuk memberikan tumpuan kepada makanan yang mampu membantu daya ingatan kita.

Saya percaya ramai di kalangan kita yang sering lupa tentang perkara-perkara penting sehingga ia mengganggu rutin harian?

Tentu anda ingin tahu makanan tertentu yang boleh bantu tingkat pertumbuhan memori ingatan dan memperbaiki fungsi otak?.

Menurut American Dietetic Association ( ADA ) Bethany Thayer, MS, RD, otak adalah organ tubuh yang paling kelaparan kerana otak adalah organ tubuh pertama yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan.

Di sini ada 12 jenis makanan yang di yakini dapat meransang pertumbuhan sel otak dan tingkat daya ingatan.


1. Madu

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat, ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu yang digelar “Raja Ubat” ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman. Cuba ini: Jus Kurma Madu

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk kesihatan fizikal serta mental. Malah, berkesan merawat penyakit mental yang boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

2. Kacang merah

Thiamin atau vitamin B1 yang terdapat dalam kacang merah dikatakan amat diperlukan oleh otak terutama untuk proses sintesis asetilkolina iaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan dan kekurangannya dikatakan mampu menyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental berkaitan dengan peningkatan usia. Biasanya kacang merah dimasukkan ke dalam masakan, boleh cuba ini: Agar-agar Cendol

3. Kismis

Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam masakan, cuba ini: Nasi Kismis Ayam

4. Telur

Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda. Boleh cuba ini: Telur Bungkus

5. Susu dan yogurt

Susu dan yogurt mampu mengenyangkan kerana mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim kerana makanan yang berasal dari produk susu mengandung protein dan vitamin B tinggi. Susu terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Boleh pelbagaikan masakan dengan menggunakan yogurt dan susu. Cuba ini: Fillet ayam goreng rangup

Susu bukan sahaja berguna untuk kesihatan otak malah dapat mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar kelupaan yang berkesan

6. Halia

Halia boleh dimakan secara mentah atau dibuat halua yang sangat mustajab untuk mengatasi masalah lupa dan alpa. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan dicampur dengan gula. Ia juga berfungsi merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan, cuba ini: Daging Halia

7. Salmon

Ikan salmon adalah ikan berlemak yang dikatakan makanan berkhasiat untuk otak. Ia merupakan sumber terbaik asam lemak omega-3 DHA dan EPA. Keduanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Cuba ini: Salmon Panggang

8. Oat

Oat kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B dan potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.

9. Berry

Amalan memakan beri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. Ini kerana semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh khususnya di bahagian otak.

10. Daging tanpa lemak

Daging lembu tanpa lemak adalah salah satu sumber makanan yang mengandung banyak zat besi. Ia juga mengandungi mineral seng yang dapat membantu memelihara daya ingatan. Boleh cuba ini: Daging cendawan

11. Daging Burung Merpati

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

12. Daging Ayam

Daging ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi berbanding dengan semua jenis daging lain. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

Sumber :

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Makanan Untuk Menjana Minda Kuatkan Daya Ingatan”

  1. MindaGXTRA says:

    Bagus tips yang dikongsikan, minda juga perlu kepada makanan bukan hanya tubuh badan, selain dari itu boleh juga mengambil makanan tambahan khas untuk memberikan zat dan vitamin untuk minda.

  2. Michelle Ann says:

    tips pemakanan yang sangat baik terutama kepada pelajar.

  3. w@ntutt says:

    info yang amat berguna, sememangnya untuk minda yang kuat pemakanan dan pengambilan nutrisi yang seimbang amat penting. 3 cara kuatkan minda – http://gua-lu.blogspot.com/2012/07/3-cara-mudah-untuk-meningkatkan-kuasa.html

  4. lenny says:

    info yang dicari… tq

  5. MindaGXTRA says:

    Tips pemakanan yang bagus untuk minda biasanya kita dgr kismis yg boleh mencerdaskan minda rupanya banyak lagi ada makanan yang bagus untuk minda.

  6. syasya aryani says:

    saya sangat suka website ni..ada lagi x makanan lain yang sangat efektif for mind?

    • Thinkerich says:

      Thanks syasya,

      Boleh dapatkan makanan tambahan atau supplement untuk otak dan minda seperti Ginko Biloba, Gotu Kola, DHA, EPA, dan banyak lagi atau boleh cuba makanan tambahan seperti yang disediakan oleh perubatan Homeophaty..

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm