PENASIHAT KEWANGAN ATAU PENASIHAT PINJAMAN?

Salam pembaca semua,

Saya tertarik dengan penggunaan meluas istilah atau gelaran ‘Penasihat Kewangan’ yang digunapakai oleh sesetengah pihak.

Berikut adalah petikan yang saya ambil daripada sebuah laman web yang mendakwa memberikan khidmat nasihat kewangan :-

“Kami penasihat kewangan untuk kakitangan kerajaan, swasta & peniaga. Kami membantu pelanggan mendapat pinjaman peribadi ataupun perniagaan dari koperasi dan bank.”

Jika diamati dan diperhatikan jelas sekali kenyataan di atas merujuk kepada kemudahan pinjaman dan bukannya nasihat kewangan.

Bukan maksud saya untuk menyalahkan pihak terbabit, tetapi biarlah ianya benar-benar memberikan khidmat nasihat kewangan yang betul.

Tak salah membuat pinjaman jika kita tahu menggunakannya dengan betul, tetapi malangnya ramai yang tidak diberikan ilmu pinjaman dan pengurusan hutang yang betul sebaliknya hanya disogok dengan pinjaman kewangan semata-mata.

Akibatnya lebih ramai yang menggunakan hutang untuk tujuan yang tidak menguntungkan mereka sehinggakan lebih ramai yang jatuh miskin.

Ssedangkan jika kita ada ilmu pengetahuan pengurusan pinjaman dan hutang, ianya boleh membantu kita menjadi sebaliknya bahkan boleh meningkatkan kekayaan kita!

Sebab itulah dalam ebook terbaru saya Kewangan Peribadi,  saya ada berkongsi satu bab yang cukup istimewa iaitu ‘Hutang Sebagai Alat Kekayaan’…

Berbalik kepada istilah ‘Penasihat Kewangan’ tadi, saya kira akan lebih ramai orang yang akan keliru dengan kewangan mereka jika perkara sebegini tidak dibendung…

Ramai yang masih berjumpa dengan pegawai bank untuk mendapatkan nasihat kewangan yang akhirnya memberikan mereka produk pinjaman dan bukannya nasihat kewangan.

Bukan menyelesaikan masalah sebenarnya, sebaliknya menambahkan beban pula akhirnya.

Namun sejak kebelakangan ini, berlaku perkembangan yang agak baik, di mana sudah wujud kesedaran dikalangan institusi perbankan yang mula menyediakan perkhidmatan Perunding Kewangan Peribadi di bank masing-masing.

Walaupun mereka masih menjual produk kewangan mereka, namun sekurang-kurangnya mereka masih memberikan khidmat nasihat kewangan peribadi yang menyeluruh…

Jadi jika anda ke bank atau syarikat kewangan anda perlu tahu membezakan antara pegawai kredit (pinjaman) dengan pegawai perunding kewangan peribadi.

Ini kerana masing-masing mempunyai kepakaran yang berbeza, satu yang pakar dalam memberikan khidmat nasihat tentang hutang pinjaman dan yang satu lagi pakar dalam memberikan khidmat nasihat kewangan (sudah tentu sambil menjual produk mereka)  😀

Salam kekayaan,

THINKERICH

Mengenai Penulis

Khairulnahar a.k.a Thinkerich merupakan seorang blogger dan Internet Marketer yang aktif menyediakan informasi berbentuk pendidikan kewangan dan motivasi.

Mula bergiat aktif dan menceburkan diri dalam perniagaan internet tempatan sejak tahun 2007.

Kemahiran beliau adalah berkongsi idea-idea pengurusan wang dan menulis produk informasi kewangan sama ada di blog, ebook dan buku.

Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku (termasuk dalam proses penerbitan) dan lebih 20 ebook yang membincangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan motivasi.

Beliau juga merupakan seorang Konsultan Kewangan yang ditauliahkan sebagai Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP) oleh Majlis Perancang Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

*Nota Penting: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan penulis mengenai Khairulnahar a.k.a Thinkerich di atas tidak dibuang.

Semua Artikel Di Blog Ini Adalah Hakcipta Terpelihara (c) PemikirKaya.com.

Tidak boleh digunakan tanpa kebenaran terlebih dahulu.

Be Sociable, Share!

KJ

Khairulnahar a.k.a KJ merupakan seorang blogger (www.PemikirKaya.com) dan Internet Marketer yang aktif menyediakan informasi berbentuk pendidikan kewangan dan motivasi. Mula bergiat aktif dan menceburkan diri dalam perniagaan internet tempatan sejak tahun 2007. Kemahiran beliau adalah berkongsi idea-idea pengurusan wang dan menulis produk informasi kewangan sama ada di blog, ebook dan buku. Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku (termasuk dalam proses penerbitan) dan lebih 20 ebook yang membincangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan motivasi kekayaan & kewangan diri. Beliau juga merupakan seorang Konsultan Kewangan yang ditauliahkan sebagai Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP) oleh Majlis Perancang Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

Leave a Reply

Your email address will not be published.