Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

PERIKSA TARIKH LUPUT TONG GAS ANDA

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Agak lama saya tidak kemaskini blog ni! Maaf yer! Bukannya apa saya sekarang sedang fokus untuk menyiapkan beberapa projek yang akan saya kongsikan dengan anda tidak berapa lama lagi. Tunggu!

Baiklah, hari ini saya nak berkongsi sedikit info tentang kepenggunaan!

Mungkin masih ramai yang tidak menyedari bahawa tong gas yang digunakan untuk memasak di rumah juga mempunyai tarikh luput!

Jangan ingat ubat, makanan kesihatan, bahan makanan dan minuman sahaja yang ada tarikh luput! Tong Gas pun ade! (hutang je yang tak ada tarikh luput! Makin lewat anda jelaskannya, maka makin berbunga-bungalah interestnya :)   ! )

Tong Gas yang dah luput a.k.a ‘expired’ adalah tidak selamat digunakan dan ianya boleh menyebabkan kemalangan yang tidak dijangka!

So, berhati-hatilah ketika menerima atau membeli tong gas daripada penjual.

Semak dahulu tarikh luputnya.

Jadi bagaimana untuk menyemak dan mengenalpastikannya?

Berikut saya berikan sedikit panduan untuk rujukan kita bersama….

Di salah satu sisi tong gas, Tarikh Luput akan dikodkan secara alpha numerical seperti berikut:-

A , B , C atau D diikuti dua digit,

Contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun –

A utk March ( Suku pertama ),

B utk June (Suku kedua ),

C utk Sept ( Suku ketiga ), &

D utk December ( Suku keempat ).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Baiklah jika anda telah faham, apa lagi!

Jangan buang masa, semak tong gas sedia ada anda sekarang juga!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “PERIKSA TARIKH LUPUT TONG GAS ANDA”

  1. KampungBoy says:

    Kadang terlepas pndang juga, bahaya wooo. Biar lmbat ata teliti yang pentinnya selamat digunakan

  2. Thinkerich says:

    Ya kampung boy, kena teliti untuk keselamatan kita semua

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm