Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

TIPS GUNA KAD KREDIT #2

Salam pembaca PemikirKaya !

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui bahawa anda sebenarnya boleh memohon pengecualian daripada membayar yuran tahunan kad kredit yang dikenakan.

Harus diingat pihak pengeluar kad kreditĀ  memperolehi keuntungan mereka daripada pelbagai caj yang dikenakan kepada pengguna mereka antaranya caj faedah ke atas baki tertunggak, caj pendahuluan tunai, caj denda bayaran lewat dan juga caj yuran tahunan!

Apakah anda sanggup untuk menjelaskan yuran tahunan hanya semata-mata untuk berhutang atau dengan kata lain, anda bayar kepada mereka yang membuat untung hasil daripada kelemahan pengurusan kewangan anda sendiri?

Sepatutnya ada keluarkan wang untuk belajar menguruskan kewangan bukan sebaliknya!

Jadi, adalah sesuatu yang tidak waras jika anda masih bersetuju untuk memberikan wang percuma kepada pihak pengeluar kad kredit sebagai yuran tahunan hanya kerana anda suka dan pandai berhutang dengan kad kredit!

Mulai sekarang, cuba berbincang dengan pihak bank atau pengeluar kad kredit dan mohon untuk pengecualian daripada dikenakan yuran tahunan! Pihak bank mungkin mempertimbangkannya!

Maka tips hari ini, jika anda mempertimbangkan untuk menggunakan kad kredit seboleh mungkin cuba dapatkan kad kredit yang tidak mengenakan caj yuran tahunan kepada anda!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm