Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Kenapa FOREX Haram, SAHAM Harus?

Ramai yang masih keliru dan kurang faham, kenapa FOREX itu Haram dan SAHAM pula diharuskan.

Sebelum pergi lebih jauh, ada baiknya saya jelaskan dahulu apa itu FOREX.

FOREX adalah singaktan daripada Foreign Exchange.

Atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai “Pengurup Wang.”

FOREX atau Pengurup Wang ini adalah aktiviti pertukaran mata wang.

Contoh kita nak ke Arab Saudi, maka dengan Malaysia Ringgit yang kita ada kita tukarkan kepada matawang Riyal Saudi atau dengan kata lain kita beli nilai matawang Riyal Saudi dengan nilai semasa matawang  Malaysia Ringgit.

Sebab apa kita perlu buat pertukaran mata wang tersebut? Sebab matawang Malaysia Ringgit tidak digunakan di Arab Saudi dan begitulah jika sebaliknya.

Satu lagi aktiviti pertukaran matawang ini berlaku serta merta iaitu apabila kita tukarkan matawang Malaysia Ringgit kita akan terus dapata matawang Riyal Saudi dan begitulah juga sebaliknya. Tiada aktiviti Riba yang menyebabkan urusniaga tersebut tertangguh.

Yang ini diharuskan.

Yang diharamkan adalah FOREX Trading.

 

Berikut antara sebab FOREX Trading itu diharamkan:

Image result for forex

1. Matawang dijadikan sebagai komoditi yang didagangkan.

Ianya Haram kerana matawang dalam Islam bukanlah satu komoditi.

Wang digunakan untuk ditukarkan untuk mendapatkan komoditi lain.

 

2. Wujudnya eleman perjudian.

Ianya Haram kerana wujud ketidaktentuan pada harga satu-satu matawang yang didagangkan.

Apabila kita membeli sesuatu matawang kita mengharapkan harganya naik, tapi jika jatuh kita rugi.

 

3.  Duit Tidak Dapat Serta Merta

Apabila kita dapat keuntungan daripada hasil dagangan atau jual beli matawang tersebut kita tak dapat serta merta duit tersebut sebaliknya, ianya akan dimasukan kemudian ke dalam akaun kita secara online.

 

4. Wujudkan Laveraj.

Dalam Forex Trading ada unsur Laveraj. Yang mana kita diberi kemudahan berhutang untuk membeli sesuatu matawang untuk mengaut keuntungan. Sebagai contoh kita ada RM4,000 dan layak beli Euro 1,000 .

Namun dalam platform Forex Trading contohnya kita dibolehkan pinjam 10x ganda daripada jumlah yang kita ada. Maksudnya RM4,000 x 10 = RM40,000  = Euro 10,000.

Kemudahan ini dikenakan caj daripada laveraj tersebut. Maka berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W,

“Tidak Halal menggabungkan hutang dengan jual beli.”

 

Dibawah berikut fatwa berkaitan pengharaman Forex:

http://pemikirkaya.com/kewangan-islam/forex-haram-fatwa-kebangsaan/

 

Berikut antara sebab SAHAM diharuskan:

Image result for saham

1. Dalam pasaran Saham, semua syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Saham adalah bersandarkan kepada nilai komoditi sesebuah syarikat.

Maka ianya diharuskan apabla kita jual beli saham ini kerana kita menggunakan wang untuk membeli dan menjual komoditi yang dimiliki oeh sesebuah syarikat.

Asas utama yang perlu kita fahami adalah matawang digunakan untuk ditukarkan untuk membeli sesuatu komoditi, manakala matawang tidak boleh digunakan untuk membeli matawang kerana matawang bukan komoditi yang boleh dimanfaatkan sebab ianya tak boleh dimakan sebaliknya ianya dicipta sebagai alat pertukaran.

 

-KJ-

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

No Responses to “Kenapa FOREX Haram, SAHAM Harus?”

  1. Hendra says:

    Halo Admin!

    Saya Hendra, dari Departemen Partner-Relation Instaforex.
    Saya mengajak Anda dalam program kemitraan dengan nilai komisi 15-53 USD per lot yang sudah di tradingkan, terlepas dari hasilnya. Program kemitraan ini gratis.

    Kami mempunyai 11 jenis kemitraan yang bisa Anda pilih dan keuntungan lain yang bisa diperoleh.
    Jika berminat atau ingin mengetahui lebih lanjut, silahkan hubungi saya melalui kontak yang ada di bawah ini.

    Salam,

    Hendra

    WhatsApp: 6281191334477
    Skype : cc5aec8435ad2902

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm