Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

10 Cara Keluar Dari Masalah Hutang

Ini adalah kisah benar. Ya, kisah yang dikongsikan oleh rakan blogger saya. Ianya kisah seorang anak tempatan. Orang Malaysia.

Kisah bagaimana seorang yang pernah berhutang kad kredit (bukan sedikit tapi banyak tunggakan hutangnya),

akhirnya berjaya menyelesaikan hutang tersebut dan dalam masa yang sama telah berjaya memiliki 6 buah rumah.

Ini kisah yang diceritakan sendiri oleh tuan punya badan,

Namanya Tuan Sayeed.

(Saya yakin jumlah RUMAH beliau mungkin dah bertambah pada 2014).

Apakah yang dilakukan oleh beliau sehingga berjaya KELUAR dari Masalah Hutang?

Berikut TINDAKAN yang diambil oleh beliau.

(Ya, ia juga PATUT dilakukan oleh orang lain…)

 

1. Mengakui kesilapan dalam mengurus wang dan hutang, beliau buat banyak hutang untuk kahwin dan buat hutang lagi untuk ubahsuai rumah.

Ini merupakan kesilapan utama bagi kebanyakan orang. Berhutang tapi tak tahu Teknik Urus Hutang yang betul.

Sedangkan jika kita tahu Teknik Urus Hutang, kita boleh buat banyak duit darinya.

Tu pun jika kita tahu Teknik Urus Hutang yang betul! Sebab ramai yang nak tahulah, saya tulis panduan Teknik Urus Hutang di www.PanduanBebasHutang.com

 

2. Tiada sistem menguruskan pendapatan, perbelanjaan, harta dan hutang.

Ya, dalam menguruskan kewangan, kita sepatutnya tahu teknik, strategi dan sistem.

Sebenarnya ramai orang terjebak dalam masalah kewangan adalah kerana tak tahu teknik yang betul urus wang mereka.

Terutama sekali bila mana melibatkan pengurusan hutang.

Sekiranya kita ada ilmu dan tahu teknik yang betul, hutang boleh kita manipulasikan untuk keuntungan kita.

Inilah teknik yang ramai orang kaya buat. Saya panggil sebagai Teknik Manipulasi Hutang.

Saya dah kongsikan teknik ini sejak dulu lagi. Tapi tak ramai yang nak ambil tahu!

 

3. Terlibat dalam bisnes yang tidak sesuai dengan dirinya. Beliau buat bisnes MLM.

Memang diakui bisnes merupakan kaedah terbaik untuk kita jana duit banyak-banyak.

Masalahnya ramai di antara kita yang terpaksa keluar duit banyak-banyak lepas tu duit ‘Masyuk’ tak ada.

Last bisnes ‘bungkus’ – Tutup Kedai!

Saya tidak menyalahkan bisnes MLM. Sistem bisnes MLM memang bagus. Yang tak bagus individu yang sertainya.

Join memang join tapi tak tahu yang sebenarnya bisnes MLM yang dibuat tu tak sesuai dengan diri sendiri.

Sepatutnya join MLM kita ambil peluang belajar daripada teknik jualan dan latihan yang diberikan oleh company MLM tersebut.

Bukannya ‘bantai’ pakai jual je!

 

 

10 Cara Keluar Dari Masalah Hutang Yang Dilakukan Oleh Tuan Sayeed…

(Juga Boleh Dilakukan Oleh Sesiapa Sahaja)

 

1. Berhenti guna kad kredit, guna tunai sahaja.

 

2. Bilamana tinggal di rumah yang agak tinggi kosnya, Pindah rumah yang lebih kecil.

 

3. Buat bajet setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.

(Macam yang saya tunjukkan dalam Ebook Panduan Wang Gaji.)

 

4. Fokus kepada kerjaya dan bukan bisnes yang tidak sesuai.

(Jika buat bisnes FOKUS pada satu bisnes dulu. Jangan tamak!)

 

5. Bisnes part-time seperti penterjemahan dan tuisyen.

(Kita boleh buat part-time berdasarkan minat dan pengetahuan kita.)

 

6. Duduk rumah dan makan di rumah.

(Ingat jangan asyik nak makan kat luar je. Sebab tu duit asyik mengalir ‘keluar’ je…)

 

7. Menyimpan walau pun sedikit sehingga mampu mencecah 10% dari pendapatan.

 

8. Menambah pengetahuan dengan pelbagai bahan bacaan.

(Macam baca blog ni atau dapatkan maklumat di www.KewanganPeribadi.com)

 

9. Fokus, konsisten. Jangan lari daripada matlamat asal.

(Jika nak hapus hutang, jangan pula dalam masa yang sama buat hutang baru!)

 

10. Mempunyai sistem pengurusan kewangan yang sistematik.

 

Hasilnya

Pada 2009…Tuan Sayeed telah..,

1. Naik pangkat dalam kerjaya.

2. Memiliki 6 rumah dan salah satunya daripada diduduki oleh beliau.

3. Simpanan mencecah 6 angka (Ratusan Ribu)

4. Nilai aset bersih (net worth RM 890,000)

5. Dapat menyimpan 15% dari pendapatan.

 

Cuba kita perhatikan apakah strategi yang digunakan?

Kurangkan perbelanjaan + tambah pendapatan = Hutang selesai

Tahniah kepada Tuan Sayeed kerana berjaya keluar dari hutang kad kredit.

Tahniah juga kepada anda sekiranya berjaya menuruti langkah tersebut.

Kisah di atas saya ambil dari blog Pakdi.net dan saya ubahsuai semula.

Terima kasih buat ‘Pak Di’  kerana dah translate ke bahasa Melayu daripada KCLau.com (Ini adalah link ke artikel asal yang ditulis dalam bahasa Inggeris)

 

Pelajari Bagaimana TEKNIK URUS HUTANG dan Selesai Hutang Cara Mudah

Be Sociable, Share!
Responses are currently closed, but you can trackback from your own site.

No Responses to “10 Cara Keluar Dari Masalah Hutang”

  1. denial christian relationship

    10 Cara Keluar Dari Masalah Hutang |

  2. Abusive relationship signs

    10 Cara Keluar Dari Masalah Hutang |

  3. getting back together

    10 Cara Keluar Dari Masalah Hutang |

  4. Life coach Training

    10 Cara Keluar Dari Masalah Hutang |

  5. coaching Program

    10 Cara Keluar Dari Masalah Hutang |

  6. relationships; Romance; Advice; online dating; Dating; commitment

    10 Cara Keluar Dari Masalah Hutang |

  7. save your Relationship

    10 Cara Keluar Dari Masalah Hutang |

  8. Relationship Going

    10 Cara Keluar Dari Masalah Hutang |

  9. Dating advide

    10 Cara Keluar Dari Masalah Hutang |

  10. Life insurance

    10 Cara Keluar Dari Masalah Hutang |

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm