3 Perkara Penting Yang Perlu Anda Buat Bila Merancang Mengurus Wang

Perkara #1 Ubah mindset

Untuk mula merancang wang secara bijak, mindset kita kena ubah terlebih dulu.
Banyakkan membaca tentang kewangan.
Apa yang kita baca itulah yang akan mempengaruhi mindset kita.
Kawal apa yang masuk dalam minda kita kalau tak nak terus bermasalah.

 

Perkara #2 Ubah tabiat

Dari kecik, kita diasuh dapat duit belanja dulu. Lebih, baru simpan.
Sampai ke besar lekat. Dapat duit, belanja dulu, baru simpan.
Sepatutnya apa yang betul adalah, dapat duit,simpan dulu baru belanja.
Barulah bila kita dapat gaji pertama, kita terus simpan bukan joli sakan tak ingat dunia.
Untuk mak ayah zaman sekarang boleh start latih anak menyimpan dengan ajak menabung.

Bagi duit belanja, cakap “simpan RM1, baru belanja”

 

Perkara #3 Asingkan emosi ketika buat keputusan berkenaan duit

Bila Bab duit ni, pastikan berfikiran waras.
Ramai orang berhutang sebab terikut-ikut.
Beli Kereta mahal mahal tapi tak ambil kira kos maintenance.
Baru beli rumah tapi renovate macam gaji 100K sebulan.
Padahal gaji baru 2K.
Nak buat keputusan berkenaan duit, fikir dulu elok elok.

Pastikan kita tahu apa kos yang kita kena tanggung kemudian. Jangan main sedap je.
Sebab silap hari bulan, menempah neraka kewangan jawapnya kang.

Jadi pengguna bijak bukan pengguna kena pijak.

Mindset kalau tak betul, keje lah part time banyak mana pun, cari lah pendapatan ke-2 ke-3 ke-4 sekalipun, masalah kewangan takkan selesai.

Sembang nak kaya nak jutawan, biar action pun bergerak beb. Jangan sembang semata.

Talk is cheap and everyone can say that.
But what makes it different is that when you start to take action.
Action speaks louder than words.

 

Zulaikha Mohd
Editor HalalMoney.my

Be Sociable, Share!

KJ

Khairulnahar a.k.a KJ merupakan seorang blogger (www.PemikirKaya.com) dan Internet Marketer yang aktif menyediakan informasi berbentuk pendidikan kewangan dan motivasi. Mula bergiat aktif dan menceburkan diri dalam perniagaan internet tempatan sejak tahun 2007. Kemahiran beliau adalah berkongsi idea-idea pengurusan wang dan menulis produk informasi kewangan sama ada di blog, ebook dan buku. Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku (termasuk dalam proses penerbitan) dan lebih 20 ebook yang membincangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan motivasi kekayaan & kewangan diri. Beliau juga merupakan seorang Konsultan Kewangan yang ditauliahkan sebagai Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP) oleh Majlis Perancang Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).