Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

3 PERKARA YANG PERLU ANDA FIKIR SEBELUM JADI PENJAMIN!

Salam pembaca blog pemikirkaya dot com!

Bersua lagi kita pada kali ini! Apa khabar?

Semoga sihat ceria dan berada dalam situasi yang tenang.

Ya, berada dalam keadaan yang tenang! Tenang tu kan bagus!

Sebab apabila kita berada dalam ketenangan kita boleh berfikir dengan waras dan mampu membuat keputusan dengan lebih tepat!

Bukannya apa, al-maklumlah dalam suasana ekonomi yang tidak menentu sekarang ni ramai yang resah gelisah dibuatnya.

Orang bisnes susah hati kerana jualan dah mulai berkurangan.

Bila  jualan kurang sudah tentulah ‘masyuk’ pun kurang!

Orang makan gaji pulak risau pendapatan dah tak cukup nak menampung perbelanjaan harian dan keluarga kerana harga barangan dah tak semurah dulu-dulu..!

Dah biasalah, apabila wang tak cukup di dalam tangan, apa yang biasa dibuat oleh si pemakan gaji?

Macam biasalah…ada di antara mereka membuat keputusan singkat untuk menggunakan keupayaannya untuk berhutanglah..!

Apa lagi, produk kewangan seperti pinjaman peribadi atau lebih popular dengan’personal loan’ menjadi pilihan utama mereka..! “Saya Mesti Pilih!” katanya….

Pihak Bank mahu pun syarikat kewangan berlesen  lah yang paling untung kerana mereka dapat mengambil kesempatan dari masalah ekonomi semasa dengan menawarkan pelbagai tawaran dan promosi untuk menyelesaikan masalah keperluan tunai orang ramai..

Maka bermulalah episod pinjam meminjam dan jamin menjamin…

Jika sekiranya anda didatangi oleh saudara mara, adik beradik, ipar duai, teman-teman, sahabat handai, kawan-kawan yang meminta bantuan anda untuk menjadi penjamin bagi pihak mereka, maka anda perlu pertimbangkan 3 Perkara berikut sebelum bersetuju untuk meletakkan diri anda di dalam liabiliti :-

Pertama,

Anda perlu SEDAR bahawasa anda perlu membayar balik pinjaman tersebut jika sekiranya peminjam tersebut gagal melunaskan hutang tersebut…

Keduanya,

Anda perlu pastikan jumlah pinjman dan ansuran pinjaman yang dibuat oleh peminjam adalah berada di dalam kemampuan anda untuk membuat bayaran balik sekiranya mereka gagal untuk menjelaskannya! Sebagai contoh;

Katakanlah anda nak juga jadi penjamin….

sebab apa , mungkin sebab dah terhutang body..Opss! terhutang budi!

pastikan jumlah pinjaman tersebut mampu anda bayar balik terutamanya kadar ansuran bulanan yang perlu dijelaskan supaya tidak menggangu kehidupan bahagia anda sekeluarga…

Situasi ini berlaku sekiranya peminjam gagal untuk buat bayaran balik!

Mudah fahamnya( bukan apa ramai yang tak sedar!), kiranya bila anda tandatangan saje sebagai penjamin maka dengan itu, anda telah meletakkan kesanggupan untuk bayar balik jumlah yang sama bagi pihak peminjam tersebut jika mereka tak lagi mampu untuk bayar……ada faham?


Ketiganya,

Jangan memberi pinjaman atau jaminan bagi tujuan mengambil risiko!

Contohnya, untuk buat pelaburan!

Ini kerana dalam dunia nyata pelaburan yang sebenarnya, tiada siapa yang dapat memberi jaminan yang pasti bahawa pulangan dan keuntungannya tertentu dapat diberikan sepertimana yang dijanjikan!

ASB dana unit amanah kerajaan yang berjumlah berBillion RM tu pun hanya menjamin pegangan modal pemegang unitnya dan tidak mampu menjamin pulangan tertentu setiap tahun…apatah lagi syarikat perniagaan yang tiba-tiba muncul dan meminta anda melabur dengannya boleh menjanjikan pulangan yang amat menguntungkan! Bayar setiap bulan pulak tu! Tak Skim Cepat Kaya ke namanya tu?

Sebagai contoh, jika kawan anda ..Ya, kawan baik anda!… yang pernah tidur sebantal dengan anda suatu ketika dahulu nak buat personal loan untuk jadi Cepat Kaya!

Jika anda tahu, lari lah cepat-cepat dan ciptalah seribu satu alasan untuk mengelakannya..Jangan jadi “Pak Sanggup!”
Biarlah anda bergaduh dahulu sebelum anda bergaduh dikemudian hari! Yang susah, anda nanti!

Bukannya saya nak suruh anda bergaduh! tapi simboliknya sahaja!

Yalah, anda juga kena ambil kira kepentingan anda!

Ini melibatkan wang ringgit dan aliran tunai masa depan anda! Jangan pula hari ini anda berusaha kuat untuk mengumpul wang ringgit, tiba-tiba apa yang anda usahakan tersebut terpaksa digunakan untuk menghapuskan hutang orang lain!

Orang lain yang buat hutang tapi Anda pula yang kena bayar hutang!

Nak macam tu? Harap-harapnya tak adalah macam gitu yek :) !

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda semua!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Be Sociable, Share!
Responses are currently closed, but you can trackback from your own site.

3 Responses to “3 PERKARA YANG PERLU ANDA FIKIR SEBELUM JADI PENJAMIN!”

  1. KampungBoy says:

    Nampak mcm mudah, tetapi sekali terkena pasti terasa bahang bebanannnya….senang cite carilah peminjam yang boleh dipercayai dan dikenali daripada sudut etika dan kewangannya…

  2. mohd razali bin hamdan says:

    Assalaa mualaikum, saya razali nak minta pendapat tuan tentang pembelian matawang asing yang sedang merudum, satu contoh saya jangka nilai matawang negara iraq akan menjadi lebih baik dalam 5 tahun akan datang. Saya bercadang utk menukar Rm 1000 kepada matawang negara iraq. apa perkara-perkara yg perlu saya lakukan .Memadaikah dengan menukar Rm1000 ke matawang negara di atas melalui “money changer” berdaftar?. Masalah yg dihadapi pula nak menyimpan duit tu. Bagaimana utk saya memiliki akaun simpanan negara berkenaan?.

  3. Thinkerich says:

    Mohd razali bin hamdan,

    Terima kasih kerana bertanya..!

    Erks..maafkan saya, saya bukan peniaga matawang!

    Untuk penjelasan lanjut boleh tanya pada ‘pengurup wang’a.k.a ‘money changer’!

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm