SOALAN PEMBACA BLOG PEMIKIRKAYA
Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ..
Cuma sebagai orang kata ‘ budak baru habis belajar’ ,,, ada tak panduan untuk langsaikan hutang PTPTN dalam tempoh singkat..
Ada orang berpendapat buat loan bank n bayar PTPTN…bijak ka tindakan itu..
Pening memikirkan interest dalam anggaran 40-50rm sebulan sekiranya tak dibuat bayaran…
Tolongla bantu…disebabkan hutang pelajaran ini belum selesai,, TIDAK BERANI saya membuat sebarang hutang lain….
Semua maklum,,,,seseorang tidak INGIN menambahkan hutang SEBELUM hutang lama terlangsai… Tp sekarang KEADAAN TERDESAK…hutang kereta PULA…iSH2222
Dari NZ
—-
JAWAPAN THINKERICH :
Salam NZ,
Sebelum bayar hutang kita perlu tahu strategi untuk menghapuskannya. Ini kerana kita perlu tahu jenis dan kadar faedah yang dikenakan bagi memastikan kita tidak terbeban dengan hutang faedah yang terlalu banyak.
Jika tuan/puan membaca buku Bajet Wang dan Ebook Panduan Bebas Hutang saya ada jelaskan kesemua perkara ini dengan terperinci.
Pendapat mengatakan Buat Loan Bank dan Bayar PTPTN adalah tidak tepat. Ini kerana loan bank mengenakan interest yang lebih besar iaitu lebih daripada 4% manakala interest PTPTN hanya 2% (maaf tolong maklumkan pada saya jika masih dikenakan 4%)…
Panduan untuk hapuskan hutang dalam masa singkat ada dinyatakan dalam ebook Bagaimana Untuk Menghapuskan Hutang Dengan Lebih Cepat yang boleh diperolehi secara percuma melalui pembelian ebook Panduan Bebas Hutang!
THINKERICH

Posted in 







