Salam pembaca blog pemikirkaya,
Apa khabar, bagaimana dengan situasi hari ini?
Semoga sihat dan berada dalam keadaan gembira hendaknya.
Bagaimana dengan pengurusan kewangan?
Saya doakan ianya berada dalam keadaan baik dan bebas daripada
masalah hutang yang membebankan.
Jika ada masalah hutang saya harap anda masih dapat
menguruskannya dengan baik dan teratur.
Sekiranya ketika ini anda sedang menghadapi masalah
dengan hutang, jangan risau dan bawa bertenang.
Dalam usaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah, emosi dan fikiran
perlu tenang, barulah minda dan tindakan kita berjaya menghasilkan
keputusan yang baik.
Hurmm, sebenarnya hari ini saya nak kongsikan tips pengurusan
hutang buat pembaca semua…
Saya baru sahaja menerima email daripada salah seorang pembaca blog
yang bertanyakan tentang masalah hutang beliau dan dapatlah sedikit
sebanyak saya berikan beberapa idea pengurusan hutang.
Namun apa yang dapat saya perhatikan kebanyakan daripada kita
apabila berhadapan dengan masalah hutang, jalan penyelesaian yang
diambil adalah dengan cuba menyelesaikannya dengan membuat hutang
yang baru!
Sekiranya perkara ini berterusan, dan anda juga mengambil
tindakan yang sama, sampai bilakah kita boleh bebas daripada
masalah hutang?
Inilah yang dikatakan gali lubang tutup lubang!
Sebab itulah dalam Ebook ‘Panduan Bebas Hutang’ saya sarankan idea
berikut:
“Untuk membebaskan diri daripada hutang, kita tidak boleh terus-
menerus membuat hutang, sebaliknya kita perlu cari jalan untuk
bebas daripada masalah tersebut…”
Sebenarnya, kita boleh gunakan hutang untuk menghapuskan hutang
HANYA jika kita tahu cara yang BETUL!
Anda mungkin ingin tahu bagaimana caranya?
Baiklah saya akan berikan sedikit idea dan panduan untuk pembaca sekalian.
Sekiranya ketika ini anda sedang berhadapan dengan masalah interest hutang kad kredit yang tidak pernah berkesudahan, makin bayar makin tinggi interestnya!
Maka saya cadangkan anda cuba untuk selesaikan melalui salah satu daripada teknik berikut:-
- Melalui Teknik Balance Transfer
- Melalui Teknik Manipulasi Personal Loan
- Melalui Teknik OD ASB vs Kad Kredit
- Melalui Teknik Installment Plan vs ASB
Ke empat-empat teknik tersebut mampu mengurangkan interest dan seterusnya mempercepatkan lagi proses penghapusan hutang anda.
Namun begitu sebelum melaksanakannya, anda dinasihatkan untuk belajar terlebih ahulu dan fahami Teknik Kurangkan Interest Kad Kredit ini terlebih dahulu!
Boleh belajar secara terperinci dengan baca maklumat selanjutnya dengan klik link di bawah;
Teknik Kurangkan Interest Kad Kredit
Ikhlas,
Khairulnahar a.k.a Thinkerich


Posted in 







