Lebih kurang dua minggu yang lalu, saya telah didatangi oleh seorang teman yang menjalankan perniagaan secara menjaja kecil-kecilan dengan membuka gerai menjual goreng pisang pada petang hari dan gerai burger pada malamnya.
Namun, beliau masih mengeluh kerana hasil kerja kuatnya itu tidak menampakkan hasil yang dibanggakan. Sekadar cukup menyara kehidupannya 3 beranak sekeluarga sahaja. Boleh dikatakan sekadar cukup makan sahaja. Jika tidak berniaga, wang pasti tiada di tangan untuk membeli keperluan lain.
Bagi mengatasi masalah beliau tersebut, saya sarankannya agar menguruskan aliran tunai di tangan hasil perniagaanya setiap hari sama ada siang atau malam berdasarkan agihan berikut:
Jika sekiranya keuntungan bersih yang diperolehinya adalah RM 70.00, beliau perlulah mengagihkan kepada pecahan seperti berikut:-
|
Tabung |
Pecahan pendapatan |
RM |
RM |
|
Untung |
70 |
||
|
1 |
1/7 untuk simpanan dan dilupakan |
10 |
|
|
2 |
1/7 untuk kegunaan diri sendiri |
10 |
|
|
3 |
2/7 untuk kegunaan keluarga |
20 |
|
|
4 |
1/7 untuk pelaburan perniagaan |
10 |
|
|
5 |
1/7 untuk melunaskan hutang |
10 |
|
|
6 |
1/7 untuk kebajikan, zakat dan infaq |
10 |
|
|
7 |
Jumlah |
70 |
70 |
Jika beliau hendak berbelanja untuk keperluan keluarga, beliau boleh ambil dari tabung nombor tiga (3) iaitu tabung keluarga dan beliau kena pastikan tidak berbelanja lebih daripada RM 20 sehari atau RM 140 seminggu. Dengan itu perbelanjaannya akan terkawal iaitu tidak berbelanja melebihi 2/7 daripada pendapatannya.
Jika tidak cukup beliau boleh ambil dari tabung diri sendiri iaitu RM 10 sehariā¦jika masih tidak cukup juga ini menunjukkan bahawa pendapatannya adalah di bawah paras dan melebihi perbelanjaan.
Dengan memecahkan dan mengasingkan pendapatannya, dia akan dapat satu ukuran ekonomi untuk diri dan keluarganya. Ianya akan menjadi panduan dalam mengendalikan kehidupan.
Melalui kaedah ini, beliau dapat mengukur keseimbangan kewangannya. Sekiranya pendapatan tidak cukup menampung perbelanjaan, ini bermakna saiz perbelanjaannya melebihi pendapatan. Maka dengan itu, dia perlu berusaha mengatasinya dengan meningkatkan pendapatannya.
Setelah saya tunjukkan kaedah tersebut, petang tadi ketika saya membeli goreng pisang di gerainya, beliau kelihatan ceria. Katanya, beliau telah mengamalkan kaedah pengagihan seperti mana yang saya sarankan beberapa minggu yang lalu dan ianya memang berkesan!
Jadi jika saudara-saudari ada menjalankan perniagaan mahu pun kerja sendiri saya cadangkan kaedah pecahan daripada Dr. Rusly Abdullah tersebut, kerana ianya cukup bekesan, malahan turut sesuai untuk mereka yang makan gaji. Selamat mencuba!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Memang menarik tu..
Walaupun saya belum berniaga tetapi kaedah ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan..
Zool,
Memang menarik dan yang pasti ianya memang berkesan. Saya sendiri dah amalkannya sejak dulu lagi dan Alhamdullilah, sehingga ke saat ini saya tidak pernah putus wang.
Selamat mengaplikasikannya & semoga berjaya!
THINKERICH
Wah .. Insyallah saya pun dah mula nak mencuba Internet Marketing..
Semoga ilmu ini akan menjadi panduan hidup untuk mencapai matlamat bebas dari masalah kewangan dan tekanan sebelum 40 tahun …
atau dalam erti kata mudah boleh retire sebelum waktunya..
Huhuhuhu
Zool,
Semoga berjaya..retire at 40, sama dengan Matlamat Pemikir Kaya
hebat tip ni ,terima kasih
Man tanjung,
Kena amalkan….baru benar-benar hebat!