Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Apa Itu BitCoin…

Two-Bitcoins
Bitcoin adalah cryptocurrency.

Atau dalam bahasa lebih mudah, matawang digital (digital currency).
Pada masa depan, ianya bakal menggantikan sistem kewangan tradisional yang menggunakan wang kertas atau kad kredit/kad debit ketika ini.

bitcoin
Bitcoin dicipta oleh ‘Satoshi Nakamoto’ pada Januari 2009. Ia merupakan sebahagian jenis matawang seperti Ringgit Malaysia (RM), US Dollar (USD), Singapore Dollar (SGD) dan sebagainya. Namun perbezaannya hanyalah pada rupa bentuk dan konsep yang digunakan.

Bitcoin tidak seperti matawang dunia lain yang dicetak di atas not kertas atau dalam bentuk syiling sebaliknya ia berbentuk digital dan diperniagakan melalui internet. Kita boleh berurusniaga (jual beli) barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan Bitcoin dalam bentuk virtual. (boleh lihat tapi tak boleh disentuh)

Secara umumnya, kita harus memahami bahawa Bitcoin merupakan matawang digital yang tidak boleh dilihat secara mata kasar. Bitcoin berbeza sifat dan fizikalnya, di mana matawang kertas boleh disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
Bitcoin juga tidak dimiliki oleh mana-mana negara atau syarikat. Bitcoin tidak boleh dihasilkan dengan mudah seperti mencetak wang kertas tetapi ianya perlu dilombong secara digital.

Konsepnya sama seperti emas, perlu dilombong, cuma bezanya emas perlu dilombong secara fizikal, Bitcoin dilombong secara digital.

Matawang Bitcoin telah pun diterima oleh banyak negara termasuk Amerika, beberapa blok Eropah, sebahagian dunia Asia dan kebanyakan negara-negara maju.

Lebih 100 ribu perniagaan di Amerika Syarikat menggunakan Bitcoin sebagai matawang utama. Ianya juga mula diterima oleh kebanyakan syarikat bermula dari syarikat kecil hinggalah syarikat gergasi seperti Microsoft, Virgin Airlines dan juga Expedia.

 

Ingin tahu lebih lagi tentang BitCoin?

Dapatkannya dengan klik je link di bawah…

KLIK SINI ==> http://bit.ly/ebookBitcoin <== KLIK SINI

 

KJ

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm