Apa Itu Dana Kecemasan?

Image result for emergency fund

Salam pembaca sekalian,

Tahukah anda apa itu Dana Kecemasan atau Emergency Fund?

Da;am pengurusan wang sebelum kita membuat keputusan sama ada untuk meyimpan duit

atau menjelaskan hutang,  langkah pertama yang harus dilakukan adalah membina

dana kecemasan terlebih dahulu.

Dana kecemasan secara amnya merujuk kepada wang yang disimpan untuk digunakan ketika

anda betul-betul memerlukannya.

Ini sepatutnya menjadi matlamat simpanan anda yang paling utama.

Setelah itu, barulah anda menyimpan untuk pembelian rumah, pendidikan anak dan juga persaraan.

Tidak kira sama ada anda seorang yang baru ingin menyimpan duit atau sudah mempunyai simpanan yang banyak, mempunyai sejumlah wang yang mencukupi dalam dana kecemasan akan memberikan ketenangan fikiran kerana anda sudah mempunyai perlindungan yang sewajarnya.

Dana kecemasan adalah penting kerana sekiranya menghadapi masalah seperti kehilangan kerja, ditimpa penyakit, kereta rosak, penyelenggaraan rumah dan sebagainya, kita tidak perlu berhutang.

Dengan ini, situasi kewangan anda tidak terlalu terjejas walaupun menghadapi kesukaran seperti di atas.

Ingatlah bahawa dana kecemasan ini harus digunakan dalam keadaan yang terdesak sahaja dan bukannya untuk percutian, membeli barang kesukaan atau “kehendak-kehendak” yang lain.

Jadi berapakah jumlah dana kecemasan yang harus anda disimpan?

Kebanyakan pakar kewangan mencadangkan bahawa anda menyimpan sebanyak tiga hingga enam bulan daripada perbelanjaan bulanan.

Apabila gaji meningkat, tambahkan jumlah simpanan dana kecemasan supaya anda sentiasa memiliki simpanan sebanyak enam bulan (atau lebih adalah lebih baik) daripada perbelanjaan bulanan.

Akhir sekali, JANGAN LUPA sentiasa tambah semula dana kecemasan jika anda telah menggunakannya.

Sekiranya nak tahu lebih lanjut berkaitan pengurusan kewangan peribadi boleh baca selanjutnya dengan klik E-Cover E-Book berikut di bawah:

bundle

Be Sociable, Share!

KJ

Khairulnahar a.k.a KJ merupakan seorang blogger (www.PemikirKaya.com) dan Internet Marketer yang aktif menyediakan informasi berbentuk pendidikan kewangan dan motivasi. Mula bergiat aktif dan menceburkan diri dalam perniagaan internet tempatan sejak tahun 2007. Kemahiran beliau adalah berkongsi idea-idea pengurusan wang dan menulis produk informasi kewangan sama ada di blog, ebook dan buku. Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku (termasuk dalam proses penerbitan) dan lebih 20 ebook yang membincangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan motivasi kekayaan & kewangan diri. Beliau juga merupakan seorang Konsultan Kewangan yang ditauliahkan sebagai Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP) oleh Majlis Perancang Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

Leave a Reply

Your email address will not be published.