Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

APA ITU HIBAH?

perniagaan internet

Salam pembaca Blog PemikirKaya dot com,

Apa khabar semua? Kita masih lagi di bulan Ramadhan dan tidak berapa lama lagi syawal bakal menjelma….

Baiklah kita terus ke topik perbincangan kita hari ini, iaitu apa itu HIBAH?

Bagi mereka yang pernah tertipu dengan Skim Pelaburan HIBAH sebelum ini, tentu sudah biasa mendengar HIBAH?

Tetapi tahukah mereka maksud sebenar HIBAH ini?

HIBAH merupakan salah satu daripada bentuk pengurusan WASIAT dan merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan kewangan peribadi.

Hibah sebenarnya membawa pengertian seperti berikut:-

Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.

 

 

Jika diteliti dengan jelas, maksud HIBAH sebenarnya  adalah amat jauh berbeza dengan apa yang dicanangkan oleh agen-agen HIBAH suatu ketika dahulu.

 

Berdasarkan pengamatan saya pada forum perbincangan, rakan-rakan dan juga mangsa penipuan HIBAH ini, sesiapa yang ingin mendapatkan wang HIBAH perlu terlebih dahulu mengeluarkan sejumlah wang yang besar sekitar RM7,000.00 hingga RM8,000.00 untuk mendapat manfaat HIBAH yang dijanjikan…

 

Malangnya oleh kerana sikap TAMAK yang menguasai diri dan CETEK tentang pengurusan kewangan peribadi, maka ramailah yang tertipu dengan jumlah wang yang cukup besar…bahkan sehingga ke hari ini masih ada yang terus mengharapkan pulangan yang tak kunjung tiba :(

 

 

Penganjur a.k.a Penipu a.k.a Scammer HIBAH ini dah tergelak besar membawa lari berkoyan-koyan wang hasil daripada penipuan mereka….

 

Maka, saranan saya, jika lain kali ada di antara anda didatangi lagi dengan apa sahaja yang menjanjikan pulangan yang ‘too good to be true’, maka awasilah…terutamanya yang datang dengan nama pelaburan yang unik yang belum pernah didengar oleh sesiapa pun tetapi menjanjikan bulan dan bintang :)

 

Untuk memudahkan anda, bolehlah anda gunakan formula mengelak penipuan Scam – NO SCAM

 

 

Salam kekayaan,

 

THINKERICH

 

perniagaan internet

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “APA ITU HIBAH?”

  1. kopiah says:

    Sheikh terpedaya ke?

  2. Thinkerich says:

    Kopiah…

    Saya tidak le…tapi kawan-kawan yang tak makan nasihat saya tu..ramai yang terkena dan terpedaya..kasihan :(

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm