Salam pembaca blog pemikirkaya!
Ramai yang masih belum jelas dengan apa itu pengurusan aliran tunai dalam perancangan kewangan peribadi.
Baiklah saya akan cuba jelaskan secara mudah dan ringkas untuk anda. Pengurusan aliran tunai adalah salah satu komponen yang paling penting dan merupakan asas utama dalam pengurusan kewangan seseorang.
Secara ringkasnya ianya melibatkan 4 perkara pokok iaitu ;
- Nilai Bersih- untuk mengukur kedudukan kewangan anda sama ada ada berada dalam kedudukan kebebasan kewangan atau berada dalam masalah kewangan!
- Belanjawan- untuk memastikan anda merancang segala bentuk perbelanjaan dengan kaedah pengasingan dan menentukan lebihan dan kekurangan tunai anda.
- Hutang- untuk menghapuskan semua hutang piutang anda dan juga menggunakannya sebagai ‘laveraj’ untuk mencapai matlamat kewangan anda!
- Tabungan – untuk membina simpanan jangka pendek,sederhana dan panjang.
Jadi saya harap anda mendapat sedikit idea dan mempunyai gambaran kasar tentang pengurusan aliran tunai ini selepas ini.
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








best lah blog awak.. banyak saya belajar pasal fianncial.. tapi saya nii.. kurang sikit pasal financial.. haha ha..
boleh awak syer pengalaman ngan kami, kaedah @ teknik awak belajar financial? tq
juruukur,
Terima kasih
Kalau kurang pasal financial tu.., kena rajin-rajin tambah ilmu dan jenguk-jenguk selalu blog ni
Belajar financial tidak susah! Ianya amat mudah! Anda boleh belajar melalui buku, seminar, dan bertanya pada mereka yang terlibat dengan dunia kewangan secara langsung..
Kalau lebih interested boleh belajar secara formal untuk dapatkan kelulusan profesional sebagai pengamal kewangan berkelayakan yang diiktiraf…
Salam kekayaan,
THINKERICH
saya hadapi masalah kerana menjadi mangsa penipuan syarikat Carrador di Terengganu.tolong ajar saya buat cash floor…..
Mohd Ayub Ab. Halim,
Boleh tak menjadi masalah. Nyatakan apa masalah sebenar secara details dengan menghubungi melalui email saya pada ruangan HUBUNGI pada blog ini.
Err..tapi pasal CashFlow yer…bukan cash floor
salam… saya menghadapi masalah kewangan akibat membuat pinjaman bnk rm15000 utk menjadi ahli rakan niaga emas(RNGold) dengan bermodalkan rm10000 yang menjanjikan bayaran keuntungan sebanyak rm340 sebulan selama tempoh perjanjian setahun… dan ia boleh di teruskan jika masih berminat atau tidak wang modal tersebut akan dikembalikan.. tetapi sehingga kini masih tidak dapat bayaran keuntungan tersebut.. apabila menghubunginya utk mengetahui apa yang brlaku tidak dapat. saya harap saudara dapat membantu saya dalam cara menguruskan kewangan saya… salam.. tq..
InsyaAllah, saya boleh bantu tetapi perkara pertama yang perlu Shaz lakukan adalah dengan membantu diri sendiri terlebih dahulu..
Bagaimana?
Elok rasanya shaz baca artikel saya di bawah;
http://pemikirkaya.com/2009/06/15/buat-wang-atau-urus-wang-mana-yang-lebih-penting.html
salam.. buku ni dah ada dalam pasaran atau blh kah saudara terangkan melalui email saya.. mcm mana cara nk wt aliran tunai perbelanjaan peribadi?
kwn sy ajk saya wat bisnes MLM produk kesihatan utk mencari pendapatan sampingan bagi mengatasi masalah kewangan saya. adakah ia bagus?
Shaz,
Nak tahu cara buat aliran tunai perbelanjaan, boleh dapatkan ebook Panduan Wang Gaji!
Saya ada terangkannya dengan jelas dan teratur dalam panduan tersebut!
Boleh dapatkannya bila saya dah mula lancarkannya nanti!
Saya akan maklumkan dalam blog ini bila ianya telah dilancarkan sepenuhnya!
hai,bagus blog awak.
shra,
Terima kasih, jenguklah selalu ya