Salam pembaca blog pemikirkaya!
Apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya. Mungkin ramai yang pernah mendengar perancangan kewangan tetapi pernahkan anda mendengar perancangan harta?
Jika perancangan kewangan adalah terdiri daripada pelan dan langkah bagi menguruskan wang untuk mencapai matlamat kewangan tertentu berdasarkan sumber-sumber yang anda miliki, perancangan harta pula melibatkan peringkat terakhir iaitu fasa pengedaran terutamanya ke atas harta yang anda miliki secara bersih tanpa hutang.
Mungkin ada di antara anda pernah mendengar perancangan wasiat bukan?
Wasiat itu merupakan salah satu komponen dalam perancangan harta. Komponen lain melibatkan hibah, wakaf, sedekah amal jariah, dan faraidh.
Masyarakat kita hari ini masih ketinggalan dan kurang memberi tumpuan dala!m soal perancangan harta dan implikasinya sudah tentulah berlaku masalah kepada pengagihan harta pusaka yang menimbulkan banyak masalah.
Antaranya adalah seperti harta pusaka lambat diuruskan yang mungkin mengambil masa 3 hingga 5 tahun atau mungkin lebih untuk diselesaikan.
Hubungan persaudaraan juga akan terjejas kerana berlaku pertelagahan dan rasa tidak puas hati di antara waris-waris yang berhak ke atas isu harta pusaka. Ianya juga boleh menyebabkan keluarga berpecah belah.
Dan kesan paling utama adalah kedudukan harta pusaka tersebut terbengkalai.
Tahukah anda? Bahawa di Malaysia kini terdapat hampir 1 Juta kes pusaka tertunggak dengan nilai komersialnya mencecah RM 38 Billion dan majoritinya adalah milik orang Islam!
Bayangkan betapa ruginya ummah dan negara ini kerana harta pusaka yang terbengkalai ini gagal diusahakan secara ekonomik!
Antara faktor penyumbang kepada perkara ini adalah akibat kejahilan masyarakat melibatkan perancangan harta dan salah anggap tentang perancangan wasiat.
Apabila disebut sahaja wasiat, masyarakat kita cukup sensitif kerana beranggapan bahawa seseorang yang mula berhajat untuk menyediakan wasiat mungkin sudah mendapat ‘alamat’ atau pentanda bahawa umurnya tidak lama lagi!
Sebenarnya tanggapan itu salah sama sekali!
Wasiat sebenarnya perlu disediakan lebih awal bagi memudahkan pewaris yang berhak dapat terus mengunakannya atau menguruskannya untuk keperluan mereka.
Jadi jika sekiranya anda masih belum menyediakan perancangan harta, mula-mulakanlah menyemak harta bersih anda dan senaraikanlah terlebih dahulu.
Sekiranya anda tidak pasti, dapatkanlah pandangan dan khidmat nasihat daripada perunding wasiat yang berkelayakan atau mungkin perancang kewangan yang bertauliah.
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 







