Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

APA ITU PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI?

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Ketika saya sedang merayau-rayau dan singgah di beberapa forum, saya terlihat ada ahli dan rakan forum yang nampaknya berminat ingin tahu pasal Perancangan Kewangan Peribadi…dan tidak kurang juga yang masih tidak jelas dengan perancangan kewangan peribadi nih..!

Perancangan Kewangan Peribadi atau Personal Finance adalah suatu ilmu yang bernilai dan terpenting dalam kehidupan seharian.

Apabila disebut Personal Finance tentu ramai yang masih janggal dan tidak pernah dengar bukan? Tapi kalau Personal Loan, saya sedia maklum ramai yang biasa dengannya..

Erks..yang terseksa dan merana kerananya pun banyak :) tak gitu?

Baiklah bila disebut perancangan kewangan peribadi ianya bukan setakat membuat simpanan dan buat belanjawan(bajet) bulanan, bahkan ianya lebih daripada itu!

Antara komponen asas perancangan dan pengurusan kewangan peribadi adalah melibatkan aspek berikut:-

  1. Perancangan dan Pengurusan Wang (CashFlow)
  2. Perancangan dan Pengurusan Risiko & Insuran/Takaful
  3. Perancangan dan Pengurusan Pelaburan
  4. Perancangan dan Pengurusan Percukaian
  5. Perancangan dan Pengurusan Wasiat/Harta Pusaka
  6. Perancangan dan Pengurusan Persaraan

Apa yang penting dan harus anda fahami dan ingati selalu, pengurusan kewangan perbadi bukannya setakat dilakukan sebulan sekali bahkan ianya adalah satu perkara yang perlu anda lakukan secara SEPENUH MASA!

Ya, SEPENUH MASA! Tiada PART TIME macam buat kerja atau pun bisnes!

Ini kerana jika anda beranggapan ianya sebagai satu kerja part time, anda tidak akan bersungguh-sungguh untuk melakukannya dan apa yang pasti hasilnya pun tidak seberapa…

Kebanyakan daripada masyarakat kita hari ini gagal dalam pengurusan dan perancangan kewangan adalah kerana mereka tidak memberikan perhatian dan tumpuan yang serius kepada perkara ini!

Ingat untuk berjaya dan menjadi Kaya, anda perlu merancang dan menguruskan kewangan dengan baik tidak kira anda berpendapatan kecil mahu pun besar.

Ini kerana punca utama masalah kewangan bukanlah berpunca daripada berapa banyak yang anda dapat, tetap bagaimana tabiat pengurusan kewangan anda….terutamanya melibatkan perbelanjaan anda!

Saranan saya jika anda ingin hidup tenang dan bahagia sepanjang masa, rancanglah dan uruskan kewangan anda dengan teratur berdasarkan kemampuan dan matlamat hidup anda.

Harus diingat tiada perancangan yang khusus serta sesuai untuk setiap individu, ianya semua bergantung kepada diri anda sendiri untuk merancang kewangan anda berdasarkan 6 komponen yang disebutkan seperti di atas!

Tetapi harus diingat anda tidak boleh melakukannya secara sendirian, dapatkan nasihat daripada proffesional yang berkelayakan..Erks.! Macam saya..! Coming Soon! :)

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat  kepada pembaca sekalian!

Salam kekayaan!

THINKERICH


Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “APA ITU PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI?”

  1. [...] berkongsi pengetahuan tentang pengurusan kewangan ini… Jadi anda boleh jenguk perkongsian saya DI SINI __________________ Salam kekayaan, THINKERICH Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi [...]

  2. dah datang nak komen nie..huhu

    kadang2 org berfikiran bila gaji banyak tentu org tu kaya dengan pkai kerete besar umah besar…

    Bagi saya seme tu salah…kaya bukan bermakna gaji besar atau pendapat besar…

    Tak kira berapa kita dapat yang penting kita kena nilai berapa yang kita simpan….

  3. ZulBM says:

    Betul sepertimana yang di sarankan…..

    Orang kita belum begitu ambil pusing berkaitan pengurusan kewangan dan kebanyakkannya akan menggunakan khidmat perancang kewangan apabila masalah telah timbul.

    Pengurusan kewangan yg komprehensif merangkumi semua aspek pengurusan kewangan sepertimana yg di nyatakan dan ianya seiring untuk pengurusan kewangan yang effektif.

  4. thinkerich says:

    ZulBM,

    Ya, benar kata tuan…

    Biasalah tuu..sikap masyarakat dari dulu hingga kini, bak kata pepatah, ” Bila Terhantuk, Baru Nak Terngadah…” :)

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm