Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

APA? MELABUR DENGAN INSURANS!

Salam pembaca blog Pemikir Kaya..

Apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya..

Hmm..hari ini saya nak komen sedikit pasal perancangan kewangan.

Sehingga kini saya masih lagi mendengar ramai di antara kita yang kurang jelas dengan perancangan kewangan melalui produk-produk kewangan.

Mereka masih tidak jelas, keliru dan seolah-olah dipermainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri.

Mereka membuat simpanan ke dalam produk insurand/takaful…

Mereka juga membuat pelaburan ke dalam produk insurans/takaful…

Saya tak salahkan mereka tetapi yang patut dipersalahkan ialah mereka yang mengelarkan diri mereka ‘Konsultan Kewangan’ tetapi sebenarnya seorang ‘Agen/Jurujual Produk Kewangan’…

Matlamat mereka semata-mata hendak mengejar komisyen dengan menjual seberapa banyak polisi yang boleh.

Maka tak hairanlah pendekatan jualan mereka bukan kepada pendidikan kewangan yang tepat tetapi  lebih kepada proses menjual..

Dalam perancangan kewangan, harus kita sedar bahawa  simpanan adalah simpanan seperti menyimpan untuk kegunaan kecemasan dan mempunyai kecairan yang tinggi di mana kita boleh gunakannya pada bila-bila masa.

Maka kurang tepatlah jika kita menyimpan ke dalam  produk insurans/takaful!

Perlindungan adalah perlindungan seperti kita membeli polisi perlindungan kenderaan, kebakaran, kesihatan, perubatan, nyawa dan banyak lagi.

Maka kurang tepatlah jika dikatakan  kita melabur dalam produk perlindungan seperti insurans dan takaful kerana kita tidak mendapat keuntungan sebaliknya hanyalah bayaran pampasan akibat daripada bencana dan kerugian yang berlaku. Tiada istilah UNTUNG dalam produk perlindungan kerana anda perlu korbankan sesuatu di sini barulah anda layak untuk terima bayarannya.

Tapi bagaimana pula dengan Pelan Insuran Berkaitan Pelaburan?

Mungkin ada yang bertanya? Bukankah itu pelaburan namanya?

Hrmmm…Ya, saya akui ianya satu pelaburan tetapi harus diingat, ianya adalah pelan insurans hayat yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan.

Premium yang anda bayar bukan sahaja menyediakan anda perlindungan insurans hayat tetapi pada masa yang sama, sebahagian premium juga akan dilaburkan dalam dana pelaburan khusus pilihan anda.

Sebagai pemegang polisi, anda boleh memilih bagaimana membahagikan premium insurans anda untuk perlindungan dan pelaburan.

Sudah pasti apabila ianya menggabungkan dua perkara, maka modal yang dilaburkan adalah terhad dan keuntungannya juga sudah pasti adalah terhad.

Jadi adalah lebih baik pelaburan dibuat ke dalam produk pelaburan jika matlamat kita untuk mendapatkan keuntungan yang optimum! Ianya sudah pasti lebih menguntungkan jika kita tahu kaedah dan strateginya. (harus diingat apabila disebut pelaburan kita tidak boleh lari dari risiko kerugian)

Jadi seharusnya kita faham akan, alat kewangan yang sesuai untuk keperluan dan matlamat kewangan kita dan bukannya hanya bersetuju dengan cadangan dan saranan agen atau perunding insurans/takaful yang tersilap memberikan keterangan dan fakta sebenar.

p/s: Jadilah agen yang memberi khidmat nasihat yang telus berdasarkan keperluan perlindungan pelanggan dan bukannya semata-mata nak dapatkan komisen jualan sahaja :)

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “APA? MELABUR DENGAN INSURANS!”

  1. Shahidi Shahidan says:

    Salam..

    Sebelum memikirkan soal berkaitan pelaburan…individu atau keluarga perlu titikberatkan soal perlindungan. Selepas ada sistem perlindungan, barulah boleh fikir perkara berkaitan pelaburan..itulah perancangan keewangan dan bukan semua perunding takaful salah memberi keterangan dan fakta sebenar.

  2. Thinkerich says:

    Salam Tuan Shahidan,

    Terima kasih di atas pandangan tuan, semoga semua agen mahu pun perunding insurans dan takaful yang ada mempunyai pendekatan yang sama dengan apa yang telah tuan perkatakan di atas :)

  3. 4-Lie says:

    Assalamualaikum :-

    Saya menyokong dengan apa yang telah diperkatakan begitu juga dengan saudara Shahidan. Cuma yang mungkin saya ingin tambah disini adalah berkenaan satu lagi risiko yang betul-betul diberi perhatian oleh perancang kewangan (saya rasa semua perancang kewangan amalkan kecuali ajen/jurujual sahaja mungkin). Risiko tersebut adalah kekuatan dana persaraan. Saya pasti yang hidup akan mati & tak lupa juga bagi yang bekerja seboleh-bolehnya ingin bersara. Tiada insuran yang boleh digunakan untuk persaraan kecuali simpanan atau pelaburan yang dikawal ketat yang boleh dielakkan daripada berlaku kerugian. Jangan sampai apabila peserta sudah bersara, sudah tidak mampu untuuk membayar premium insuran/takaful. Manakan tidak wang yang ada dalam insuran tak sebeeapa dan pada masa tersebut gaji pun sudah tiada. Tetapi bagi yang mengamalkan bersederhana iaitu seimbang untuk perlindungan & simpanan (pelaburan selamat) InsyaAllah semua akan selamat. Seorang konsultan akan cuba memberikan yang terbaik kepada pelanggannya tetapi seorang jurujual akan menghasilkan yang terbaik untuk dirinya. Tepuk dada tanyalah anda di mana. Anda sahaja yang mampu menjawabnya.

  4. risiko memang ada di dalam pelaburan insurans.

    yang penting target long term and use excess money.

    jangan la guna duit kahwin nak laburkan target 5 years later to withdraw.

  5. zomdie says:

    Awak ni mcm membenci ejen insurans/takaful shj.. Kalau agen tu memberi fakta yg salah jgn la tewas dgn dan terus membeli.. seseorang agent hanya menjual bila prospek bersedia hendak membeli.. Jika prospek tidak membeli.. agent pun xdpt komisen.. Inilkah sikap rakyat malaysia kalau org mecari rezeki halal dipersoal.. apa salahkah sama2 cari mkn!!!

  6. Thinkerich says:

    zomdie,

    Bukan itu maksud saya….harap tuan tidak emosional :)

    Tujuan saya adalah untuk membantu masyarakat mendapat kesedaran dan dalam masa yang sama menggalakkan agen insurans/takaful memberikan khidmat nasihat yang telus dan tidak berat sebelah…jauh sekali memberikan fakta yang salah!

  7. warash78 says:

    Setakat ini ada syarikat pengendali yang telah memperkenalkan inovasi dalam industri Takaful dengan memperkenalkan takafulink atau pilihan Takaful Saver dalam dana-dana amanah patuh syariah. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, melainkan dengan matlamat untuk mengimbangi antara simpanan, perlindungan dan pelaburan. Prestasi dana juga terbukti agresif dan positif berdasarkan laporan tahunan yang dikeluarkan. Industri Takaful sudah tidak seperti dulu Bro… Selain manfaat tabarru’ simpanan peserta juga dapat dimanfaatkan oleh syarikat untuk tujuan menyumbang kepada perkembangan ekonomi. Adakah fakta seperti ini silap diberikan oleh agen kepada pelanggan?

  8. thinkerich says:

    warash78,

    Apabila sesuatu produk takaful atau insurans tidak lagi fokus pada tujuan utamanya untuk perlidungan, maka benefit perlindungannya juga berkurangan jika dibandingkan dengan produk insurans/takaful tulen yg fokus untuk tujuan perlindngan sahaja.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm